web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Umum Kadar Tol Lebih Murah Di 6 Lebuh Raya Utama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 10:33AM

Enam lebuh raya utama di Lembah Klang akan menyaksikan penurunan kadar tol. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam lebuh raya utama di Lembah Klang akan menyaksikan penurunan kadar tol, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, umum Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ia melibatkan empat lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang akan menyaksikan pengurangan tambang bermula 20 Oktober, dengan keputusan mengenai perkara itu dikatakan dibuat oleh Kabinet pada 18 Mei.

Pengurangan berkenaan akan melibatkan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebih Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK).

Sementara itu, dua lagi lebuh raya di bawah IJM Corporation Bhd — Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan BESRAYA — akan menyaksikan pengurangan tambang berkuat kuasa 1 Januari 2023, serentak dengan persetujuan Kabinet dalam mesyuarat yang diadakan pada 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang dijangka diadakan awal November.

Ismail Sabri berkata demikian ketika melancarkan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), di sini, hari ini.

Lebuh raya baharu bernilai RM4.2 bilion sepanjang 20.1 kilometer (km) yang menghubungkan Puncak Perdana ke Penchala itu, akan mula beroperasi tengah malam ini. 

Ia dijangka menyaksikan 50,000 pengguna jalan raya setiap hari dan pengguna akan menikmati kadar tol percuma sehingga 30 November ini.

DASH menawarkan laluan alternatif untuk pengguna jalan raya dari barat Shah Alam ke timur Kuala Lumpur dan dijangka mengurangkan kesesakan di beberapa jalan utama sehingga 40 peratus pada waktu puncak, serta mengurangkan masa perjalanan dari Puncak Perdana ke Penchala sebanyak 60 minit.

Lebuh raya baharu itu, yang mula dibina pada Ogos 2016, akan bersambung ke GCE, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Penchala Link dan Lebuhraya SPRINT, serta menawarkan laluan alternatif ke beberapa kawasan.

Konsesi untuk DASH akan berlangsung selama 55 tahun dari 25 Disember 2014 hingga 24 Disember 2069.

"Saya sangat bangga apabila melihat projek berimpak tinggi seperti DASH menjadi kenyataan. Ini kerana ia akan memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan lebuh raya itu hari ini.

"DASH merupakan satu daripada 53 projek berimpak tinggi dalam program transformasi ekonomi kerajaan, yang menawarkan 12,000 peluang pekerjaan,” tambahnya. 

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan pada 4 Mac lalu, bersetuju dengan penambahan lorong baharu di sepanjang Lebuhraya Karak, bermula dari plaza tol Gombak ke plaza tol Bentong, manakala jalan terowong baharu akan dibina di Genting Sempah, bagi mengurangkan kesesakan.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, kerja-kerja tebatan banjir akan dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), berikutan banjir berterusan di sepanjang jalan.

“Semua kerja penambahbaikan ini mengambil kira penstrukturan semula kadar tol, dengan perjanjian konsesi tambahan dimuktamadkan.

"Dengan penstrukturan terbaharu ini, kerajaan telah menjimatkan kira-kira RM8.8 bilion pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi terbabit. Selain itu, pengguna lebuh raya boleh menikmati kadar tol yang lebih murah," katanya. - The Vibes, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Hapus Tol Sukar Dilaksanakan - Ahmad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Caj Tambahan, Hanya Bayar Ikut Kadar Tol Sebenar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

12 Syarikat Konsesi Setuju Laksana Sistem Pembayaran Terbuka - Nanta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan