web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Kunak Rasai Gegaran Gempa Bumi Lemah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 9:54AM

Penduduk di beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUNAK - Penduduk di beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter yang dikesan berlaku kira-kira 13 kilometer barat daya dari daerah ini pada lewat malam tadi.

Penduduk Kampung Bagiang Asmah Ali, 30, berkata gegaran pada 11.10 malam itu berlaku dalam beberapa saat sahaja tetapi mendebarkan.

"Ketika itu, saya mahu tidur tiba-tiba rasa gegaran, rumah rasa bergegar, dengar bunyi atap, dan lepas itu saya terus buka web Jabatan Meteorologi untuk memastikan betul atau tidak ada gegaran atau perasaan saya sahaja, tetapi (web) ketika itu belum ada kemas kini lagi.

"Saya tanya kakak masa tu, dia pun merasai perkara sama, tetapi mak pula tidak rasa (gegaran) sebab ketika kejadian itu dia sudah tidur," katanya yang bekerja sebagai peniaga kepada Bernama.

Bagi penduduk Kampung Getah, Idris Syamsudin, 44, pula beliau terjaga daripada tidur selepas rumahnya tiba-tiba bergegar kuat selama beberapa saat.

"Saya sudah tidur, bila rasa gegaran tu, terus terbangun," kata kontraktor itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Mohamad Omarbatha berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan kejadian gempa bumi lemah itu.

Meskipun begitu, beliau berkata pihak bomba sentiasa mengambil langkah keselamatan dengan menjalankan rondaan pagi ini di kawasan pekan serta sasaran utama seperti di kawasan bangunan tinggi.

"Gegaran semalam turut dirasai di kawasan balai bomba," katanya.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu berlaku di koordinat 4.6 darjah utara dan 118.2 darjah timur dengan jarak 13 kilometer barat daya dari Kunak, pada 11.10 malam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan