web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berangkat Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Raja Charles III

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 9:46AM

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III di Istana Buckingham, United Kingdom (UK) pada Rabu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham, United Kingdom (UK) pada Rabu. 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin berkata kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London selama enam hari bermula 10 Okt hingga Ahad ini. 

Menerusi catatan dalam Facebook Istana Negara, Ahmad Fadil berkata pada sesi kunjungan hormat selama 40 minit yang bermula 3 petang waktu tempatan, Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah. 

Katanya, Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dengan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Stesen Janakuasa Battersea, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London yang dirasmikan oleh baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.

"Keberangkatan Seri Paduka berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Yang di-Pertuan Agong dengan Raja Charles III yang kedua-dua pemimpin menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama-sama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa," katanya.

Menurut Ahmad Fadil, kunjungan hormat itu yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin tahun ini, turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dengan UK sejak kemerdekaan 65 tahun lepas.

Pada 18 Sept lepas,  Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat menghadiri majlis resepsi yang dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham.

Sehari selepas itu, Seri Paduka berdua turut berkenan berangkat ke Westminster Abbey bagi menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran