web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Atok' 90 Tahun Nasihat Pendaki Gunung Kinabalu Bersemangat, Jiwa Kental

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 7:00AM

Buatin Balandong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Bekalkan diri dengan semangat dan jiwa yang kental untuk tawan Gunung Kinabalu, nasihat warga emas berusia 90 tahun Buatin Balandong yang berjaya sampai ke puncak gunung itu 5 September lepas.

Buatin berkata kejayaan menawan gunung yang dikenali sebagai ‘Aki Nabalu’ dalam bahasa tempatan Kadazandusun itu merupakan kali kelapan dilakukannya dan ia bukan sesuatu yang mudah kerana berdepan pelbagai cabaran.

Pesara kerajaan itu berkata tanpa semangat dan jiwa yang kental, beliau tidak akan mampu mengatasi cabaran hujan lebat dengan persekitaran berkabus dan cuaca yang amat sejuk pada hari pendakian.

“Syukur, saya berjaya mengharungi dugaan dan cabaran itu sehingga berjaya sampai ke puncak. Kali terakhir saya mendaki Gunung Kinabalu ialah pada tahun 2015 sebelum berlaku gempa bumi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiahkan tanjak tradisional masyarakat Sabah atau Sigar kepada anak jati Papar itu di pejabatnya di Menara Kinabalu. 

Buatin diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau Datuk Juil Nuatim yang merupakan cucunya dan beliau juga berkongsi pengalaman bersama Hajiji.

Hajiji berkata beliau kagum dengan keupayaan Buatin dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya mendaki Gunung Kinabalu pada usia lanjut. 

“Walaupun seorang warga emas, Buatin memang hebat. Begitu cekal, kuat, mempunyai stamina tinggi sehingga mampu mendaki Gunung Kinabalu. Ini amat luar biasa dan mengagumkan,” katanya.

Kejayaan Buatin menawan puncak Kinabalu itu tular di media sosial menerusi video yang memaparkan beliau sampai di puncak tertinggi Asia Tenggara itu dan digelar netizen sebagai ‘atok’. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar