Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih 50 Peratus Dewasa Di Malaysia Obesiti, Putrajaya Tertinggi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 4:10PM

Khairy Jamaluddin memberikan isyarat tidak bagus ketika menunjukkan paras kandungan gula dalam minuman pada majlis pelancaran Modul Program Pengurusan Berat Badan dan Fit hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) mencatatkan prevalen obesiti dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun ke atas adalah 19.7 peratus, manakala 30.4 peratus mengalami berlebihan berat badan.

Penyandang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, data itu menunjukkan bahawa satu daripada setiap dua dewasa di Malaysia atau 50.1 peratus, memiliki berat badan berlebihan dan mengalami obesiti.

“Daripada jumlah tersebut, masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi atau jabatan kerajaan mencapai 41.4 peratus.

“Lebih mengejutkan, Putrajaya merupakan negeri tertinggi dengan masalah obesiti dalam kalangan dewasa, iaitu sebanyak 45.8 peratus,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Modul Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Pemakanan KKM, Zalma Abdul Razak serta pegawai kanan dan wakil kementerian.

Khairy memaklumkan, KKM yang menyedari situasi terbabit kian meruncing, mewujudkan Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit, iaitu program intervensi pengurusan berat badan.

Katanya, program itu dijalankan mengikut penetapan tempat kerja bagi memberi peluang kepada penjawat awam berlebihan berat badan dan obesiti, menurunkan berat badan secara sihat serta selamat.

“Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit merupakan satu daripada polisi dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat (JKPHS) Bil 1/2018 pada 1 November 2018, iaitu ‘mewajibkan program pengurusan berat badan di kementerian dan jabatan terpilih’,” katanya.

Pada masa sama, Khairy berkata, tempat kerja dilihat sebagai satu daripada penetapan bagi mengadakan program intervensi pengurusan berat badan.

Jelasnya, ia kerana seorang pekerja dewasa menghabiskan satu per tiga daripada waktu seharian di tempat kerja.

Selain itu, beliau berkata, sokongan daripada jabatan atau agensi serta rakan sekerja, amat memainkan peranan penting sepanjang tempoh intervensi ini.

“Tambahan pula, pekerja yang sihat seharusnya menjadi keutamaan kepada jabatan dan agensi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan serta penghasilan produktiviti optima,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, program itu dijalankan kepada penjawat awam berlebihan berat badan dan obes sejak tahun 2012 di KKM dan setakat ini, ia memanfaatkan kepada 3,780 penjawat awam di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Jelasnya, taklimat dan nasihat teknikal diberikan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang berminat untuk menjalankan Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit dikendalikan Pegawai Sains Pemakanan/Nutrionist di pejabat kesihatan daerah serta jabatan kesihatan negeri.

Menurut Khairy, sehingga tahun ini, sebanyak 58 jabatan dan agensi kerajaan menjalankan Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit.

Program itu, katanya, dirangka dengan pengisian modul diolah dan disesuaikan untuk pelaksanaan di tempat kerja merangkumi modifikasi diet, senaman serta motivasi.

Ujarnya, penglibatan pelbagai profesyen seperti Pegawai Sains (Pemakanan), Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Pegawai Psikologi dan Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi) sebagai pasukan intervensi, memberi impak lebih optimum secara holistik.

“Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit ini dapat dilaksanakan di setiap kementerian atau jabatan sebagai satu daripada program yang pastinya memberi impak tinggi, bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi juga meliputi aspek fizikal, mental, motivasi dan keyakinan diri.

“Program Trim & Fit ini adalah pilihan terbaik dengan sokongan serta khidmat teknikal yang diberi secara percuma oleh Bahagian Pemakanan, KKM,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

3

Politik 10 bulan yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

4

Politik 10 bulan yang lalu

KJ Fail Saman Fitnah RM1 Juta Terhadap Jamal Yunos

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Politik 1 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright