web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDNHEP Sita 9,000 Liter Minyak Diesel Bersubsidi Di Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 1:54PM

Azman Adam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 9,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Industri Selesa Jaya, Selangor, Khamis lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata serbuan kira-kira 3 petang itu turut menahan dua lelaki berusia 30-an termasuk seorang warga asing selain menyita sebuah lori, peralatan penyambungan dan beberapa dokumen perniagaan berkaitan yang keseluruhannya dianggar bernilai RM99,350.

“Premis itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada KPDNHEP berhubung urusan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

Sehubungan itu Azman menyarankan orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan serta bersubsidi bagi memastikan aktiviti itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Katanya maklumat boleh disalurkan menerusi e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp di talian 019-279 4317 / 019-848 8000, pusat panggilan 1-800-886-800, e-mel [email protected] dan aplikasi Ez ADU KPDNHEP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 30 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad