web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petugas KKM Antara 3 Pengsan Hidu Gas Beracun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 1:33PM

3 orang termasuk seorang petugas KKM pengsan selepas terhidu gas bocor di sebuah restoran makanan segera dekat Jalan Pandan 2/1 di Pandan Jaya, di sini, hari ini. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG  - Dua pekerja restoran dan seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pengsan selepas terhidu gas beracun dalam insiden kebocoran bahan berkenaan di restoran makanan segera dekat Jalan Pandan 2/1 di Pandan Jaya, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian sekitar jam 9.30 pagi itu, dua wanita yang juga pekerja restoran terbabit pengsan selepas berlaku kebocoran gas.

Menurutnya, kakitangan KKM yang cuba membantu mangsa turut tidak sedarkan diri selepas terhidu gas tersebut.

“Laporan awal mengatakan berlaku kebocoran gas dalam restoran berkenaan dan terdapat tiga individu dilaporkan pengsan, termasuk seorang kakitangan KKM yang masuk ke dalam restoran untuk membantu dua pekerja terlibat.

“Pihak bomba sedang mengawal keadaan dengan tidak membenarkan mana-mana orang memasuki restoran itu bagi tujuan keselamatan,” katanya hari ini.

Menurut Norazam, bomba menerima laporan kejadian pada jam 9.55 pagi tadi dan tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Pandan serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Shah Alam serta Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

“Tiga mangsa yang pengsan itu kemudian dibawa ke Hospital Ampang dengan menaiki ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan.

“Anggota HAZMAT kini sedang melakukan pemeriksaan dan membuat siasatan lanjut berhubung insiden terbabit di lokasi,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad