web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Ditemui Mati Terduduk

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 9:05PM

Petugas kesihatan menguruskan mayat warga emas itu di lokasi kejadian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan terduduk di Jalan Chester, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, seorang warga Indonesia berumur 65 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang dipercayai tinggal di Batu 4 Jalan Apas, keluar ke pusat bandar tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Fiz, 21, berkata, dia menerima mesej daripada seorang kenalan berhubung keadaan mangsa berhampiran Bulatan Budaya Jalan Chester.

“Kebetulan, saya juga dalam perjalanan ke lokasi untuk mengambil barang.

“Sebaik tiba di lokasi, saya melihat seorang lelaki sedang terduduk dengan memakai pelitup muka,” katanya kepada Getaran.

Tambah Fiz, lima minit kemudian, dia melihat kelibat anggota polis di lokasi untuk memeriksa keadaan mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa yang mengenakan kemeja T dan seluar panjang gelap itu hanya bersendirian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Assisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika ditemui mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat termasuk ujian pengesanan COVID-19,” katanya.

Punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan sehingga kini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - Getaran, 13 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran