web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bacaan Sungai Padang Terap Semakin Naik Melebihi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:28AM

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah melakukan pemantauan di sekitar Sungai Anak Bukit berikutan air sungai mencatatkan paras waspada. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sungai Padang Terap, di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap terus mencatat kenaikan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 14.07 meter (m) setakat pukul 8 pagi ini berbanding 13.79 meter, semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata bacaan itu jauh melepasi paras bahaya yang ditetapkan iaitu 13.02 meter.

Beliau berkata peningkatan paras air sungai itu disebabkan faktor hujan di beberapa kawasan sekitar itu malam tadi namun hujan telah pun berhenti di daerah Padang Terap.

“Sementara itu, tiga sungai di tiga daerah masih merekodkan paras air melebihi tahap waspada iaitu Sungai Perik di daerah Padang Terap (11.76m); Sungai Anak Bukit di Kota Setar (2.29m) dan Empangan Beris di Sik dengan 84.10 meter,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Baling, pada pukul 2 petang semalam di Kompleks Rakan Muda kini menempatkan 154 mangsa daripada 49 keluarga setakat pagi ini.

“Sebanyak 28 kampung terjejas akibat banjir antaranya Kampung Temusu, Kampung Dusun, Kampung Iboi, Kampung Memali, Kampung Tualang dan beberapa kampung lain yang terletak berdekatan kawasan sungai itu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad