web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Jiran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:09AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan dipercayai memukul jirannya menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah pangsa di Damansara, Petaling Jaya semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Kota Damansara awal pagi tadi susulan laporan yang diterima pada 9.15 malam semalam. 

Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepenuh masa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Mohamad Fakhrudin, sebelum kejadian mangsa telah menegur suspek kerana mabuk ketika menaiki lif bersama dan setelah keluar dari lif, suspek bersama seorang lelaki terus mengejar mangsa hingga ke hadapan rumahnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar dan sebatang kayu di hadapan rumahnya. Polis merampas satu topi keledar, sebatang kayu dan satu pemetik api di tempat kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Suspek direman hingga 14 Okt bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad