web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GTA Terima Sepenuhnya Bajet 2023, Akan Dilaksana Jika Menang PRU-15

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 5:02PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gerakan Tanah Air (GTA) menerima sepenuhnya Bajet 2023 dibentangkan kelmarin dan berhasrat melaksanakan semua yang terkandung dalam belanjawan tersebut jika gabungan politik itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selain meneruskan bajet tersebut, pihaknya akan mengkaji sama ada ia memerlukan penambahbaikan.

“Bajet itu nampak seolah-olah ia akan bantu kerajaan di semua lapisan, iaitu memberi wang kepada semua orang. Jadi, bagi saya itu amat menariklah.

“Jika ada tempat-tempat yang kita boleh perbaiki jadi lebih baik, kita akan usahakan tapi kita tidak akan kurangkan apa yang telah dimasukkan dalam bajet itu," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu klip video yang dikongsikan di media sosialnya hari ini.

Pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini adalah bajet terbesar dalam sejarah.

Bajet berkenaan disifatkan sebagai mampu menjadi penawar kepada ekonomi negara bagi menghadapi cabaran yang lebih getir pada tahun hadapan.

Tengku Zafrul berkata, dengan pelbagai cabaran faktor global luaran, peruntukan sebanyak RM372.3 bilion oleh kerajaan diharap mampu menjadi dahan teguh bagi pautan rakyat yang memerlukan.

Menurutnya, sekali pun COVID-19 belum reda, dunia telah pun keluar daripada lesu, sementara Malaysia sudah bergerak ke fasa peralihan endemik. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, Bajet 2023 turut memberi tumpuan persediaan negara berdepan ketidaktentuan ekonomi yang agak tidak menentu pada tahun depan. - Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran