Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siapa Penerima Manfaat Terbesar Dalam Bajet 2023?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 10:12AM

Wanita yang kembali bekerja selepas rehat kerjaya akan diberi pelepasan cukai bermula 2023 hingga 2028. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari Jumaat lalu dipuji sebagai satu bajet inklusif, memandangkan kerajaan sedang mencari jalan untuk mengharungi pelbagai cabaran ekonomi, termasuk peningkatan kos sara hidup.

Bajet 2023 menjadi bajet terbesar dalam sejarah iaitu berjumlah RM372.3 bilion dengan menyaksikan peningkatan RM40.2 bilion berbanding 332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022

Bajet ini menyediakan RM272.3 bilion (73.1 peratus) bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion (25.5 peratus) bagi Belanja Pembangunan dan RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Sejumlah RM2 bilion pula disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka, di tengah-tengah unjuran sederhana bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar akan berlegar sekitar 4 hingga 5 peratus tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bajet 2023 menggariskan langkah persediaan kerajaan untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Apa pun, Ismail Sabri menegaskan peruntukan untuk tahun depan tertumpu kepada kebajikan semua rakyat Malaysia, sama ada bandar atau luar bandar.

Dengan mengambil kira perkara ini, The Vibes menyenaraikan beberapa pemenang terbesar dan kumpulan yang kerugian (kurang mendapat manfaat) dalam Bajet 2023.

Pemenang

1. Penjawat awam

Kerajaan mengumumkan kenaikkan RM600 bagi bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam. - Gambar fail
Kerajaan mengumumkan kenaikkan RM600 bagi bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam. - Gambar fail

Sebahagian besar penjawat awam boleh bergembira dengan keputusan kerajaan menambah RM100 kenaikan gaji bagi mereka yang berada di Gred 11 hingga Gred 56, melibatkan jumlah peruntukan RM1.5 bilion.

Kerajaan juga mengumumkan kenaikan RM600 bagi bantuan kewangan khas Aidilfitri untuk penjawat awam yang akan dibayar pada Mac tahun depan dengan kos RM1.3 bilion.

Ini bermakna beberapa penjawat awam yang layak boleh menerima bantuan tunai sehingga RM2,500 daripada kerajaan pada tahun depan.

2. Wanita, kanak-kanak, dan isi rumah

Kerajaan memperuntukkan RM235 juta untuk membantu usahawan wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran mereka.

Tengku Zafrul berkata, dana itu akan diagihkan melalui saluran seperti Semarak-Nita BSN, Tekunita di bawah Tekun, program Dananita di bawah Majlis Amanah Rakyat, dan Bizlady Bank Rakyat.

Beliau berkata, bagi memantapkan peranan wanita dalam dunia pekerjaan, wanita yang kembali bekerja selepas rehat kerjaya akan diberi pelepasan cukai bermula 2023 hingga 2028.

Selain itu, ibu bapa juga layak mendapat pengecualian cukai RM3,000 untuk pendaftaran taska dan tadika sehingga 2024.

Kerajaan juga memperuntukkan RM10 bilion untuk bantuan tunai terus melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2023, termasuk bantuan one off sebanyak RM2,500 untuk isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 dan mempunyai lima atau lebih anak.

3. Warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU)

Peruntukan RM1 bilion disediakan untuk kebajikan warga emas. - Gambar fail
Peruntukan RM1 bilion disediakan untuk kebajikan warga emas. - Gambar fail

Kerajaan mengumumkan RM1.2 bilion dalam peruntukan untuk OKU, jumlah itu termasuk kos penjagaan kesihatan bagi mereka yang menghidap penyakit kronik, elaun pengangguran dan sokongan kewangan.

Tengku Zafrul turut menyatakan peruntukan RM1 bilion lagi untuk kebajikan warga emas.

4. Belia

Belia juga dilihat sebagai antara penerima terbesar Bajet 2023 dengan sekurang-kurangnya dua juta dijangka menerima kredit e-dompet bernilai RM200 di bawah inisiatif ePemula. Peruntukan RM400 juta akan menyaksikan mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas menerima pemberian itu.

Kerajaan juga memperuntukkan RM305 juta untuk usahawan belia yang boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000 di bawah BSN dan Mara.

5. Kumpulan B40

Walaupun terpinggir dari segi ekonomi, B40 tidak ketinggalan dalam Bajet 2023. Malah, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM10 bilion bantuan tunai di bawah JKM dan inisiatif BKM. Peruntukan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 50,000 isi rumah.

Selain itu, program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) telah diperuntukkan RM150 juta, dan kerajaan menyediakan tambahan RM1 bilion untuk menyegerakan agenda tersebut.

 6. Pembangunan sukan

Bajet untuk pembangunan sukan telah meningkat kepada RM374 juta pada tahun depan. - Gambar fail
Bajet untuk pembangunan sukan telah meningkat kepada RM374 juta pada tahun depan. - Gambar fail

Selepas bajet 2022 yang mengecewakan berjumlah RM289 juta, peruntukan Kementerian Belia dan Sukan meningkat kepada RM374 juta pada tahun depan.

Sebahagian besar daripada peruntukan itu akan digunakan untuk pembangunan ekosistem sukan Malaysia, termasuk mencungkil bakat baharu, mengadakan program latihan dan menambah baik kemudahan.

Tambahnya, sejumlah RM145 juta akan diagihkan untuk pembinaan, kerja baik pulih dan penyelenggaraan kemudahan sukan di seluruh negara.

Kumpulan yang ‘kerugian’

1. Doktor dan jururawat

Tiada insentif baharu untuk doktor, doktor gigi, atau jururawat. - Gambar fail
Tiada insentif baharu untuk doktor, doktor gigi, atau jururawat. - Gambar fail

Walaupun Kementerian Kesihatan menerima peningkatan sebanyak RM3.7 bilion daripada RM36.6 bilion untuk 2023, berbanding RM32.4 bilion tahun lepas, sebahagian besar peruntukan itu akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti penjagaan kesihatan, dan membina klinik kesihatan baharu.

Bagaimanapun, terdapat sedikit atau tiada insentif baharu untuk doktor, doktor gigi, atau jururawat, yang juga barisan hadapan utama dalam perjuangan negara melawan pandemik COVID-19.

Bagi bersikap adil, Kementerian Kesihatan pada Februari mengumumkan bahawa 8,000 jawatan tetap pengamal kesihatan akan diwujudkan dari 2022 hingga 2025 untuk menyelesaikan isu doktor kontrak.

2. Pemuzik dan penghibur

Bagi sektor kreatif, kerajaan mengumumkan RM50 juta untuk Tabung Penerbitan Filem Nasional negara bagi menghasilkan lebih banyak filem patriotik seperti Leftenan Adnan, Ola Bola, dan Mat Kilau.

Tambahan RM102 juta turut diumumkan untuk dana kandungan digital bagi memasarkan produk artis. Kerajaan juga akan mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan penerbitan filem.

Bagaimanapun, pemuzik dan artis lain tidak disebut secara khusus dalam bajet tahun ini, tidak seperti tahun lalu apabila RM225 juta diperuntukkan kepada kumpulan MyCreative Ventures bagi meningkatkan daya tahan ekonomi kreatif.

3. Pengusaha hotel

Bagi merancakkan sektor pelancongan, kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan RM10 juta kepada Think City Sdn Bhd untuk inisiatif penjanaan semula pusat bandar Kuala Lumpur, iaitu di Petaling Street.

Sementara itu, RM25 juta insentif diperuntukkan untuk mempromosikan pelancongan domestik dan RM10 juta disediakan melalui usaha sama dengan jaringan pengusaha eko-pelancongan.

Menteri kewangan juga mengumumkan penerbangan sewa baharu dari Timur Tengah dan Asia Timur serta geran RM90 juta untuk mempromosikan aktiviti berkaitan pelancongan.

Bagaimanapun, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang berkata, lebih banyak dana diperlukan untuk industri pelancongan mempromosikan Malaysia secara agresif, memandangkan persaingan dari negara lain semakin sengit dan pelancongan antarabangsa turut dibenarkan semula.

Pengerusi MAH Pulau Pinang, Tony Goh menegaskan kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang lain menyukarkan pengiat industri itu untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. - The Vibes, 9 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Sophia Albarakbah Sangkal Dakwaan Menang Di ABPBH35 Kerana Kontroversi, Yakin Peminat Undi Kerana Bakat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pastikan Agensi Islam Amal Tatakelola Baik, Julang Integriti Seperti Dihasratkan PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Dapat Pastikan Kesejahteraan Rakyat - Menteri Besar

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi