web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiba Masa Wisma Putra Bertindak Untuk Malaysia Usahakan Perdamaian Konflik Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 9:08PM

Wisma Putra - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masanya sudah tiba untuk Wisma Putra membentangkan Kertas Putih Dasar Luar Negara untuk jangka masa panjang, bagi membolehkan Malaysia berperanan secara proaktif dalam mengusahakan perdamaian terhadap konflik dunia.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, antaranya adalah membabitkan pelanggaran hak asasi, terutama berkenaan dengan hak beragama masyarakat dunia.

“Merujuk kepada keputusan undian Majlis Hak Asasi Manusia PBB semalam yang secara undian menolak usul untuk mendebatkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia yang menyatakan wujud jenayah kemanusiaan dilakukan kerajaan China terhadap etnik Uyghur.

“ABIM mengambil maklum pendirian Malaysia semasa undian tersebut. Atas sebab itu ABIM menekankan bahawa sudah tiba masanya Wisma Putra untuk membentangkan Kertas Putih Dasar Luar Negara bagi jangka masa panjang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz

Muhammad Faisal berkata, ABIM meminta supaya kertas itu menekankan tiga perkara, termasuk penekanan untuk Malaysia menjadi negara kuasa tengah yang penting sebagai alternatif kepada blok antara negara dunia pertama dan kedua, dengan peranan aktif Malaysia mencari usaha damai seluruh warga dunia.

“Penekanan kedua adalah Malaysia kekal sebagai negara yang menghormati kedaulatan negara lain, namun tidak menafikan peranan Malaysia untuk menyuarakan pendirian terhadap isu hak asasi dunia kerana isu seperti ini akan turut terkesan kepada Malaysia.

“Seterusnya, Malaysia konsisten untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Konsistensi ini membuka ruang untuk Malaysia menyokong mana-mana usul antarabangsa yang jelas menjurus ke arah jalan damai serta convivencia sejagat di masa depan,” katanya.

Menurut Muhammad Faisal, setiap peristiwa di dunia pada masa ini, mempunyai kesan saling terkait antara satu sama lain.

“Sebagai contoh, peperangan Russia-Ukraine di mana negara kita turut merasai kesan susulan daripada kenaikan harga minyak, keselamatan makanan dan meningkatnya sentimen polarisasi warga dunia.

“Justeru, sudah tiba masanya untuk kita tidak hanya bersikap pasif terhadap sebarang ketegangan serta konflik di dunia,” katanya.

Semalam, Malaysia dilaporkan mengambil tindakan berkecuali berhubung tindakan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) menolak usul untuk membahaskan pencabulan hak asasi manusia oleh China terhadap umat Islam Uyghur di Xinjiang. – Getaran, 8 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad