web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Haji Dijangka Meningkat Sehingga RM31,000 Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 1:27PM

TH akan meneruskan bantuan kewangan haji bersasar susulan peningkatan kos haji daripada RM28,000 pada tahun ini kepada RM31,000 pada tahun depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos haji dijangka meningkat kepada RM31,000 tahun depan bagi seorang jemaah Malaysia, berbanding RM28,000 pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, justeru agensi itu akan meneruskan bantuan kewangan haji bersasar.

“TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar yang dibiayai daripada pendapatan pelaburan, kepada semua bakal jemaah haji Muassasah, walaupun kos haji dijangka terus meningkat sekitar RM31,000 bagi seorang jemaah tahun hadapan, berbanding RM28,000 tahun ini,” katanya menerusi kenyataan.

Amrin berkata demikian ketika mengulas mengenai Bajet 2023 diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen semalam.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ dengan membawa agenda 3R, iaitu Responsif, Bertanggungjawab, Reformis, Bajet 2023 membabitkan jumlah dana terbesar, iaitu RM372.3 bilion, berbanding RM332.1 bilion bagi belanjawan tahun ini.

Menurut Amrin, Bajet 2023 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif untuk Keluarga Malaysia.

“Bajet 2023 terus memberikan sokongan besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, selain melindungi kebajikan rakyat yang terkesan dengan inflasi dan ekonomi global yang dijangka lemah pada tahun 2023. Bajet ini adalah bajet komprehensif bertujuan membantu keluarga Malaysia.

“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan terus menyokong usaha kerajaan serta bekerjasama untuk memperkasakan daya tahan ekonomi negara, dalam menghadapi sebarang risiko masa hadapan yang tidak menentu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Bajet 2023 bersesuaian dengan tema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’.

Katanya, ia kerana kandungan bajet itu memberi tumpuan kepada semua lapisan dan kumpulan masyarakat di Malaysia.

“Sesuai dengan tema, kalau kita lihat bajet ini menumpu kepada seluruh keluarga Malaysia, B40, M40 golongan belia dan orang kelainan upaya (OKU).

“Peruntukan diberikan berdasarkan setiap kumpulan yang saya sebutkan tadi,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen selepas pembentangan bajet.

Jelasnya, selain peruntukan pembangunan luar bandar, Bajet 2023 itu juga menumpukan pemulihan ekonomi dan persediaan negara dalam menghadapi keadaan ekonomi tidak menentu tahun depan.

Pada tahun ini, TH menganggarkan kos menunaikan haji bagi jemaah Muassasah adalah RM25,540 seorang, namun kos sebenar meningkat kepada RM28,632.

Malah, kos haji dijangka terus meningkat pada tahun akan datang. - Getaran, 8 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad