web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bawa Pulang 63 Jemaah Umrah Terkandas Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 9:28AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membawa pulang 63 jemaah umrah rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jemaah dari kumpulan Tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah itu terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak.

“Kesemua jemaah ini dibawa ke Madinah oleh kumpulan Tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu.

“Bagaimanapun, mereka hanya berada di Madinah sehingga hari ini dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah,” menurut kenyataan itu malam tadi.

Katanya, susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan berkenaan diusir keluar kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos.

Justeru, jelasnya, Malaysia bersetuju untuk membantu urusan penghantaran pulang jemaah terkandas itu dengan usaha dan kerjasama antara agensi kerajaan berkaitan.

Kenyataan sama memaklumkan, kementerian itu dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh serta Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, akan menyelaraskan urusan penghantaran pulang jemaah berkenaan ke tanah air dalam masa terdekat.

“Kementerian Luar sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan dan kebajikan Keluarga Malaysia yang berada di luar negara sentiasa terpelihara,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek