web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Sesuai Tema, Tumpu Semua Lapisan Masyarakat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 8:33PM

Ismail Sabri Yaakob dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Bajet 2023 bersesuaian dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.

Katanya, ini kerana ia memberi tumpuan kepada semua lapisan dan kumpulan masyarakat di Malaysia.

“Sesuai dengan tema, kalau kita lihat bajet ini menumpu kepada seluruh keluarga Malaysia, B40, M40 golongan belia dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Peruntukan diberikan berdasarkan setiap kumpulan yang saya sebutkan tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 di sini, hari ini.

Jelas beliau, selain peruntukan pembangunan luar bandar, Bajet 2023 itu juga menumpukan pemulihan ekonomi dan persediaan negara dalam menghadapi keadaan ekonomi tidak menentu tahun depan.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama selama dua jam di Dewan Rakyat.

Bajet 2023 akan memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding peruntukan tahun ini iaitu sebanyak RM 332 bilion.

Bajet ini menyediakan RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Sejumlah RM2 bilion pula disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.

Keutamaan Bajet 2023 akan tertumpu kepada usaha melindungi kebajikan rakyat. – Getaran, 7 Oktober 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar