web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Diskaun PTPTN Sehingga 20 Peratus Mulai November

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 6:01PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menikmati diskaun bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20 peratus bermula 1 November depan hingga April 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 berkata, diskaun 20 peratus tersebut akan diperoleh peminjam yang membuat bayaran penuh.

Menurut beliau, diskaun sebanyak 15 peratus juga akan diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Terakhir, diskaun 15 peratus akan diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pelepasan tersebut diberikan bagi memudahkan pembayaran dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam.

“Kepada peminjam PTPTN yang perlu membayar hutang mereka, tanggungjawab itu hendaklah dilunaskan. Ini sudah jelas malah menjadi tuntutan dalam agama.

“Jika tidak dibayar, kita menafikan hak anak-anak Keluarga Malaysia untuk meraih peluang yang sama,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Peniaga Didaftar Bawah Program ReDI Tahun Ini - Fuziah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayar Balik PTPTN Ikut ICL Praktikal, Tidak Bebankan Peminjam - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar