web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar RMT Dinaikkan RM3.50, RM150 Bantuan Awal Persekolahan Setiap Murid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 5:37PM

Kadar RMT akan dinaikkan kepada RM3.50 di Semenanjung Malaysia dan RM4 di Sabah, Sarawak serta Labuan, berkuatkuasa pada bulan ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM3.50 di Semenanjung Malaysia dan RM4 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kadar baharu itu akan dikuatkuasakan pada bulan ini.

Kadar RMT ketika ini ialah RM2.50 bagi murid di Semenanjung dan RM3.00 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Katanya, sejumlah RM777 juta disediakan iaitu peningkatan signifikan berbanding RM280 juta pada 2020 atas pertambahan penerima, kenaikan kadar dan penyediaan bekalan susu setiap hari.

“Dengan itu, lebih 800 ribu murid serta 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan akan menerima manfaat daripada penambahbaikan ini,” katanya.

Terdahulu, pengusaha kantin mendesak kerajaan menaikkan kadar RMT sedia ada kerana ia sudah tidak relevan dengan situasi ditanggung golongan itu hari ini.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa berkata, ramai pengusaha menanggung kerugian akibat kenaikan harga bahan mentah di pasaran.

Untuk rekod, kali terakhir kadar itu disemak semula ialah sekitar tujuh tahun lalu.

Isu RMT mula kecoh diperkatakan susulan pendedahan warganet menerusi media sosial sebelum ini, yang menunjukkan hidangan disediakan amat sedikit dan kurang berkhasiat.

Malah, mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebelum ini pernah menggesa KPM menaikkan peruntukan RMT bagi mengelakkan kualiti hidangan disediakan menerusi program itu terjejas dan menyebabkan pengusaha kantin ‘pening kepala’.

Katanya, tidak wajar untuk mengekalkan kadar peruntukan RMT seperti sedia ada, di saat negara dihimpit kenaikan harga barang. 

RM825 juta diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. - Gambar fail
RM825 juta diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. - Gambar fail

Sementara itu, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) turut dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM825 juta diperuntukkan untuk bantuan tersebut, berbanding RM450 juta tahun ini dan ia berupaya meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.

“Bermula tahun ini, kadar BAP telah dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100. Bagi tahun hadapan 2023, sukacita diumumkan, BAP akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya.

“Sebagai contoh, jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450! Insya Allah bantuan ini akan disalurkan pada Januari 2023 dan diharap dapat meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah,” katanya. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad