web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuari Hutan Simpan Bukit Lagong, NGO Lapor SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 4:00PM

Abdul Razak berkata laporan tersebut dibuat susulan tindakan kerajaan Selangor yang terus menerus mengunci mulut. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan negeri Selangor yang memberikan kebenaran terhadap aktiviti kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak menimbulkan persoalan ramai.

Keputusan yang disifatkan sebagai tidak wajar itu mendorong Otai Reformis 1998 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, laporan tersebut dibuat susulan tindakan kerajaan Selangor yang terus menerus mengunci mulut, berbanding menjawab secara terperinci perkara itu.

Menurut beliau, terdapat elemen conflict of interest yang ketara dalam pembahagian 27 tapak kuari kepada syarikat berlainan, termasuk Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Koperasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Berhad (KOJAHUS).

“Macam mana kamu sebagai sebuah organisasi yang memelihara hutan tapi boleh dapat tapak kepada koperasi untuk ‘bantai’ hutan tersebut. Sepatutnya mereka jaga hutan tersebut tapi terbalik.

“Selain itu, kami juga ingin mempersoalkan kenapa MBI secara tiba-tiba boleh ada kuari? Apa keperluan MBI?

“Mereka adalah agensi pelaburan bukan operator kuari, jadi di sini kami nampak tindakan tersebut adalah ‘Ali Baba’ juga.

“Bukan mereka (KOJAHUS, MBI) nak pakai tapi dia nak berikan konsesinya kepada operator utama,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Razak berkata, Otai Reformis juga ingin mempersoalkan, mengapa segala maklumat berhubung aktiviti kuari di hutan simpan tersebut diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Boleh bayangkan tak, kita hendak tanya maklumat mengenai kuari namun diklasifikasikan bawah OSA, jadi kami rasa ada sesuatu yang tak betul dalam perkara itu.

“Ada berlaku hanky-panky dalam isu tersebut atau mereka memberikan projek berkenaan kepada kroni kerana ada antara syarikat yang memperoleh tapak berkenaan mempunyai pengarah yang sama,” katanya.

Terdahulu, pelan kawasan kuari terbabit yang dibuat di atas tanah seluas 887 hektar di Hutan Simpan Bukit Lagong didedahkan sebuah NGO dikenali sebagai Rimba Disclosure Project, sebelum dilaporkan oleh media tempatan.

Difahamkan, lokasi itu hanyalah sekitar satu kilometer dari dua perkampungan Orang Asli di sekitar Rawang. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad