web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarapan Terakhir Bersama UKK, Tuan Ibrahim Beri Bayangan Parlimen Hampir Dibubar?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 1:56PM

Tuan Ibrahim bersarapan bersama kakitangan UKK KASA pagi tadi. - Tangkap layar dari video di Twitter Tuan Ibrahim Tuan Man

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Di sebalik isu pembentangan Bajet 2023 petang ini, desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar dalam tempoh terdekat semakin hangat.

Kurang sejam Bajet 2023 dijadual dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bermula 2.30 petang nanti, bahang spekulasi itu semakin terasa.

Ia termasuk ciapan dimuat naik Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Twitter yang seolah-olah memberi gambaran mengenai pembubaran Parlimen.

“Saya dijemput Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk sarapan pagi bersama. Nasi lemak dan kuih muih. Sarapan terakhir bersama agaknya.

“UKK banyak membantu saya dalam memastikan kelancaran program, perantara dengan pihak media,” katanya.

Pembubaran Parlimen yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak, semakin kuat ditebak bakal berlaku pada kadar segera selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira jam 4.45 petang, selepas hampir sejam menghadap baginda.

Beliau sempat melambai kepada hampir 100 pengamal media yang berkumpul di hadapan pintu utama Istana Negara sejak awal pagi.

Namun, Perdana Menteri tidak menjawab mahupun memberi sebarang reaksi kepada soalan media, termasuk berhubung pertemuan itu.

Terdahulu, kenderaan membawa Ismail Sabri tiba di Istana Negara pada jam 3.50 petang, semalam.

Khabar angin mengatakan Perdana Menteri ingin memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

The Vibes difahamkan, Ismail Sabri terlebih dahulu menghadiri mesyuarat dengan empat pemimpin tertinggi UMNO, iaitu Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar