web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuntutan Sulu Bersifat Peribadi, Tiada Kaitan Soal Kedaulatan Negara - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 2:36PM

Wan Junaidi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuntutan kumpulan Sulu adalah tuntutan peribadi dan tidak ada kena-mengena soal kedaulatan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata ia adalah tuntutan kepada kerajaan Malaysia sebagai menuntut apa yang dikatakan sewaan jajahan Sabah dahulu.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan sentiasa memerhati reaksi ahli politik dan kerajaan Filipina dalam soal ini sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Setakat ini, Wisma Putra dapat maklum ada perkara-perkara dibangkit senator dan ahli politik di sana, ketika itu nanti apabila kerajaan Filipina memberi reaksi kepada kehendak ahli politik ini, barulah Wisma Putra akan mengambil tindakan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang ingin tahu mengenai isu tuntutan kumpulan Sulu yang menurutnya kini beralih menjadi isu kedaulatan negara selepas beberapa senator Filipina dilapor mahu memperbaharui tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian Filipina.

Wan Junaidi berkata isu tuntutan terhadap Sabah sememangnya sentiasa dimainkan ahli politik Filipina yang cuba ‘menangguk di air yang keruh’ susulan tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah.

“Ada satu ketika dahulu di zaman Ramos (bekas Presiden Filipina Fidel Ramos) hendak digugurkan (isu tuntutan Sabah) pun tak gugur, dikekalkan di situ sebagai isu politik mereka, kalau tak ada isu lain, isu inilah yang akan dibangkitkan.

“Tetapi setakat ini, hanyalah suara-suara yang orang kata, tak betul disuara ahli politik di sana, menumpang di air keruh,” katanya.

Mengenai soalan tambahan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang mahu tahu adakah kerajaan bersikap proaktif dalam isu tuntutan kumpulan Sulu, Wan Junaidi memberi komitmen bahawa kerajaan melalui jawatankuasa yang ditubuhkan telah memainkan peranan proaktif.

“Saya beri jaminan setiap perkara yang berlaku kita akan lihat. Tetapi dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh memberi penjelasan setiap strategi kita kepada umum, kerana tindakan kita berlandaskan jangan diketahui pihak lawan,” katanya.

Pada 12 Julai lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bertarikh 28 Februari 2022 yang dikeluarkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan kumpulan Sulu melalui satu prosiding timbangtara antarabangsa di Madrid, Sepanyol. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad