web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MTUC Mahu Bantu Bekas Warga Utusan, Desak Kerajaan Segera Campur Tangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 7:00AM

MTUC berharap isu itu akan diselesaikan secara baik melalui meja rundingan antara bekas kakitangan dan majikan melalui campur tangan kerajaan, terutama kepimpinan negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyatakan komitmen untuk membantu bekas kakitangan Utusan Melayu (Kumpulan Utusan) yang diberhentikan, bagi menuntut hak mereka dari segi pampasan atau apa-apa tungakan bayaran yang sewajarnya.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, pihaknya berharap perkara tersebut akan diselesaikan secara baik melalui meja rundingan antara bekas kakitangan dan majikan melalui campur tangan kerajaan, terutama kepimpinan negara.

“MTUC akan berjumpa dengan kepimpinan negara, terutama pemimpin UMNO bagi mengetahui adakah mereka ingin menyelesaikan masalah bekas kakitangan Utusan ini atau tidak?" katanya.

Beliau berkata demikia pada pertemuan dengan ahli jawatan kuasa (AJK) bertindak bagi bekas kakitangan Kumpulan Utusan yang diketuai Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu, Saifol Bakhtiar Hamik di pejabat MTUC, di Petaling Jaya. Selangor.

Semalam, mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengadakan perjumpaan dengan AJK yang sama turut menzahirkan rasa simpati terhadap nasib bekas kakitangan syarikat penerbitan akhbar Melayu itu yang masih menanti bayaran pampasan mereka.

Menurut Daim, bekas pekerja syarikat terbabit tidak sepatutnya digantung tidak bertali walaupun Utusan sudah ditutup tiga tahun lepas.

Sabtu lalu, seramai 300 bekas pekerja Utusan Melayu mengadakan perjumpaan semula sempena memperingati ‘kematian’ syarikat akhbar Melayu tertua itu di hadapan bangunan ibu pejabatnya di sini.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, kerajaan terutama UMNO perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan nasib bekas pekerja Utusan Melayu kerana syarikat itu, sememangnya diketahui agak sinonim dengan perjuangan orang Melayu dan parti itu sejak zaman sebelum merdeka.

“Masalah ini perlu diselesaikan segera dan tidak boleh dibiarkan berpanjangan, sebagai Keluarga Malaysia, bekas warga Utusan itu tidak seharusnya dianiaya serta dibiarkan terkontang-kanting dalam menuntut hak mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang, prihatin dengan nasib bekas pekerja di mana pengenalan pelbagai peraturan positif, seperti bersetuju dengan cadangan agar semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi ruang kepada wakil MTUC berada dalam lembaga pengarah syarikat.

Menurut beliau, MTUC bersetuju untuk membela nasib bekas pekerja Utusan demi survival hidup mereka kerana ramai yang berada dalam keadaan daif, sakit dan tiada pekerjaan akibat tidak bersedia apabila syarikat ditutup dengan notis yang sangat singkat.

Kamarul Baharin Mansor (tengah) turut menyatakan komitmen MTUC untuk membantu bekas kakitangan Utusan dalam tuntutan pampasan mereka ketika di temui di Petaling Jaya.
Kamarul Baharin Mansor (tengah) turut menyatakan komitmen MTUC untuk membantu bekas kakitangan Utusan dalam tuntutan pampasan mereka ketika di temui di Petaling Jaya.

“Jika perkara seumpama ini tidak diselesaikan secara baik, MTUC akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana majikan yang menganiaya pekerja mereka, terutama sekali pekerja tempatan,” tegasnya.

Kamarul Baharain berkata, MTUC sebelum ini turut terlibat dalam isu tuntutan bekas kakitagan Perwaja dan yakin perkara itu dapat diselesaikan jika majikan benar-benar ingin mencari penyelesaian, bukan mencari alasan untuk tidak membayar apa-apa pampasan kepada bekas kakitangan.

Sebagai rekod, syarikat yang bertindak sebagai penyelesai hutang sementara Kumpulan Utusan, UHY Advisory (KL) Sdn Bhd masih belum menjelaskan apakah bayaran akan diperoleh oleh bekas kakitangan Utusan dan bilakah mereka akan menerimanya, walaupun proses penjualan aset Utusan sudah berjalan sejak tiga tahun lalu. - Getaran, 5 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad