web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dera Pembantu Rumah: ‘Jangan Ibarat ‘Ombaknya Kedengaran, Pasirnya Tak Kelihatan’ - Hannah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 8:32PM

Hannah Yeoh menggesa Hamzah Zainuddin menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) apabila menerima laporan daripada pembantu rumah warga asing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin digesa memperincikan hasil siasatan dan tindakan terhadap majikan Malaysia yang didapati mengabaikan kebajikan dan mendera pembantu rumah warga asing, terutama dari negara jiran, Indonesia dalam kes dilaporkan baru-baru ini. 

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, pemimpin itu mesti menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) apabila menerima laporan daripada pembantu rumah warga asing. 

“Kejadian seorang pembantu rumah warga Indonesia yang tidak dibayar gaji selama dua tahun di Batu Caves, Selangor dan tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga serta didera majikannya, seperti dilaporkan media sebelum ini adalah antara banyak lagi kes penderaan membabitkan pembantu rumah warga asing. 

“Berat badan mangsa hanya 30 kilogram apabila beliau diselamatkan. Biarpun mangsa sudah membuat laporan polis dan majikannya ditahan serta dilaporkan media, sehingga kini masih tidak kedengaran sebarang tindakan daripada kerajaan,” katanya menerusi kenyataan. 

Menurut Hannah, kerajaan perlu serius dalam menjamin keselamatan individu yang mencari rezeki untuk menyara keluarga, memandangkan mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara dan kesejahteraan sosial institusi kekeluargaan di Malaysia. 

Tambahnya, beliau menanti tindakan tegas diambil terhadap majikan dalam kes di Batu Caves terbabit, terutama apabila tiga kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar sudah bersuara. 

“Jangan ibarat ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan,” katanya. 

Hannah menambah, Malaysia perlu menjadi destinasi pekerjaan kondusif dan selamat, melalui jaminan penguatkuasaan undang-undang ke atas majikan zalim kepada pembantu rumah warga asing.

Jelasnya, garis panduan kaedah melaporkan penderaan perlu dihebahkan dan tindakan segera harus diambil selepas laporan diterima. 

“Sebelum ini, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan mendedahkan sebanyak 797 kes penderaan membabitkan pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan kepada Kedutaan Indonesia di Malaysia sejak 2020 hingga Jun 2022,” katanya. 

Beliau menjelaskan, kerajaan perlu melihat kepentingan pembantu rumah warga asing kepada produktiviti negara, terutama wanita yang menjaga anak dan ibu bapa uzur supaya mereka boleh kembali bekerja. 

Menerusi laporan mengenai kadar pengangguran bagi kumpulan tidak aktif itu, ujarnya, terdapat lebih separuh daripada bilangan di luar tenaga buruh didominasi wanita, iaitu sebanyak 68.6 peratus. 

“Antara alasan utama mereka tidak mencari pekerjaan adalah disebabkan kerja rumah atau tanggungjawab kepada keluarga, iaitu sebanyak 45.2 peratus,” katanya. – Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad