web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siapa Kata Nak Adakan PRU-15 Masa Banjir?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 8:24PM

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan bahawa banjir berkemungkinan akan berlaku selepas 15 November - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menolak dakwaan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan ketika musim banjir, sebaliknya memberi gambaran ia mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan bahawa banjir berkemungkinan akan berlaku selepas 15 November.

“Kalau esok lusa Parlimen bubar, pilihan raya diadakan sebelum minggu pertama atau kedua November, kita masih selamat tiada masalah.

“Dalam Kabinet, kita sudah berbincang secara meluas mengenai langkah untuk mengatasi bencana dan apakah persediaan sepatutnya diadakan.

“Kalau pilihan raya sebelum November, kita sudah sedia dengan tindakan sewajarnya. Pokoknya siapa kata nak adakan PRU-15 masa banjir?,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Sesi Taklimat Khas Bersama Kementerian Sumber Manusia di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham serta mantan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Media baru-baru ini melaporkan, tiada banjir besar dijangka berlaku membabitkan mana-mana negeri di Malaysia dari sekarang sehingga awal November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut.

Memetik laporan Astro Awani, perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Lim Ze Hu.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam tempoh peralihan monsun yang bermula pada bulan ini dan berterusan hingga November depan, beberapa kawasan masih terdedah kepada hujan serta ribut petir pada sebelah petang.

Ujarnya, ketika hujan lebat dan ribut petir pada masa singkat, sesetengah tempat turut berisiko mengalami banjir kilat, bergantung kepada sistem perparitan serta sungai di kawasan berkenaan. - Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi