web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hadir Sidang Dewan Rakyat: Najib Fail Permohonan Cabar Keputusan Jabatan Penjara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 7:32PM

Dalam permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden ketiga (Komisioner Jeneral Penjara) yang tidak membenarkannya mengakses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja parlimen, perundangan dan konstituen - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang menolak permintaannya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Bekas perdana menteri itu memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman melalui Tetuan Shafee & Co hari ini di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Najib, 69, menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden.

Dalam permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden ketiga (Komisioner Jeneral Penjara) yang tidak membenarkannya mengakses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja parlimen, perundangan dan konstituen.

Najib juga memohon perintah untuk mengetepikan keputusan responden ketiga itu yang tidak membenarkannya menghadiri Parlimen pada tarikh persidangan yang dijadualkan.

Beliau memohon pengisytiharan bahawa beliau berhak mendapat akses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja parlimen, perundangan dan konstituen serta memohon perintah mandamus kepada responden supaya mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkannya mendapat akses yang munasabah kepada pegawainya/pembantu bagi tujuan tersebut.

Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata keputusan responden pertama dan ketiga yang menolak permohonannya atas alasan keselamatan telah disampaikan kepadanya melalui Pejabat Penjara Kajang pada 28 September dan beliau telah merayu terhadap keputusan itu kepada responden kedua pada 30 September.

Memandangkan hari pertama persidangan Parlimen dijadual pada 3 Oktober, Najib berkata beliau memohon supaya keputusan dibuat segera agar permohonan itu menjadi tidak bermakna atau bersifat akademik.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada sebarang maklum balas daripada responden kedua dan mengambil kira keperluan masa, beliau memfailkan tindakan undang-undang tersebut.

Najib juga menyatakan bahawa keengganan responden pertama dan ketiga untuk membenarkannya mengakses kepada pegawai dan pembantunya bagi tujuan perkara berkaitan parlimen serta pengundinya dan tindakan tidak diambil oleh responden kedua adalah tindakan tidak munasabah atau tidak rasional.

Najib berkata menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai kewajipan perlembagaan untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan sebagai Ahli Parlimen dalam mewakili pengundi Pekan.

“Penafian hak itu oleh responden kerana menolak keupayaan saya untuk mentadbir kawasan pilihan raya saya adalah sebenarnya penafian terhadap kesejahteraan kawasan Parlimen Pekan,” katanya dalam afidavit itu.

Permohonan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 12 Oktober.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan permohonan itu difailkan hari ini pada 1 tengah hari. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad