web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasa Pertama Pemasangan Lokar Sekolah Selesai Hujung Bulan Ini - Radzi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 7:11PM

Pemasangan lokar secara berperingkat itu melibatkan 626 sekolah seluruh negara untuk murid Tahun Satu dan Dua yang merupakan satu daripada tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani isu beg berat - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fasa pertama pemasangan lokar di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi dijangka selesai pada akhir bulan ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata pemasangan lokar secara berperingkat itu melibatkan 626 sekolah seluruh negara untuk murid Tahun Satu dan Dua yang merupakan satu daripada tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani isu beg berat.

“Di Gombak sahaja kita ada 38 sekolah dua sesi yang terlibat dalam menerima lokar dan sehingga kini lima sekolah sudah selesai dipasang dan semua sekolah terpilih akan dipasang lokar sebelum akhir bulan ini.

“Kita minta pembekal untuk pasang secepat mungkin dan sekiranya ada pertambahan kita akan selesaikan dalam Fasa kedua,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lokar Fasa Satu Sekolah Kebangsaan Gombak Setia di sini hari ini.

Bagi memastikan isu beg berat tidak berulang, Radzi berkata pihaknya akan meminta Jemaah Nazir untuk mengadakan pemantaun bagi memastikan tujuh insiatif tersebut dipatuhi sebaiknya
Bagi memastikan isu beg berat tidak berulang, Radzi berkata pihaknya akan meminta Jemaah Nazir untuk mengadakan pemantaun bagi memastikan tujuh insiatif tersebut dipatuhi sebaiknya

Sebelum ini, KPM mengumumkan tujuh inisiatif menangani isu beg berat antara lain melaksanakan penyusunan semula jadual waktu, mengehadkan bilangan buku latihan dan pendekatan waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Bagi memastikan isu beg berat tidak berulang, Radzi berkata pihaknya akan meminta Jemaah Nazir untuk mengadakan pemantaun bagi memastikan tujuh insiatif tersebut dipatuhi sebaiknya.

Beliau juga meminta ibu bapa dan guru bekerjasama untuk memastikan murid dapat memanfaatkan inisiatif yang diberikan bagi meringankan beban mereka. 

Radzi juga menzahirkan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersetuju agar pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Ditanya mengenai cadangan UMNO untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun ini, Radzi berkata keutamaan sepatutnya diberikan kepada rakyat termasuk menilai risiko banjir yang dijangka berlaku pada akhir tahun. 

“Penggunaan sekolah sebagai pusat pemindahan sementara adalah satu kebiasaan sejak sekian lama, dan pada masa sama sekolah juga digunakan sebagai pusat mengundi.

“Bukan sahaja sekolah, guru juga banyak membantu pengurusan banjir, sebab itu saya kata kenapa (hendak adakan PRU-15) sekarang, seolah-olah kita tidak ada masa lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad