web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perdana Menteri, Presiden UMNO Sehaluan Hadapi PRU-15 - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 5:55PM

Hishammuddin Tun Hussein berkata pimpinan parti dan pemimpin-pemimpin parti di dalam kerajaan perlu merapatkan barisan saf serta menjaga kawasan masing-masing bagi mengukuhkan kedudukan parti di peringkat akar umbi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan mereka berdua berada di dalam satu barisan yang sama untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata pimpinan parti dan pemimpin-pemimpin parti di dalam kerajaan perlu merapatkan barisan saf serta menjaga kawasan masing-masing bagi mengukuhkan kedudukan parti di peringkat akar umbi.

“Siapa sahaja yang bakal dicalonkan oleh parti nanti, mereka perlu berkerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan demonstrasi keupayaan kesiagaan Pasukan Khas Pertahanan di Lapang Sasar Menembak Praktikal, Kem Sungai Besi di sini hari ini.

Hishammuddin turut memberi bayangan akan kekal bertanding dan mempertahankan kerusi di Parlimen Sembrong yang dimenanginya sejak 2004.

“Insya-Allah saya akan bertanding di Sembrong, dan bagi kepimpinan Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia, seandainya Parlimen dibubarkan pada esok pun kita sudah bersedia,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini memaklumkan Majlis Tertinggi UMNO mahukan supaya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini dan Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad