web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembangun MySejahtera Dapat Kelulusan Beberapa Hari Selepas Rundingan Bermula - PAC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 7:01AM

Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berkaitan aplikasi itu boleh memuat turun laporan berkenaan di laman web PAC di www.parlimen.gov.my/pac. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ia memerlukan masa dua minggu, bermula dengan sesi rundingan bersama kerajaan untuk pembangun aplikasi MySejahtera mendapat kelulusan secara rasmi bagi bagi membina sistem pemantauan pandemik COVID-19.

Ini berdasarkan penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) susulan siasatannya terhadap proses pembangunan dan perolehan aplikasi tersebut.

Dalam laporan yang dikeluarkan semalam, PAC menyatakan bahawa pembangun aplikasi MySejahtera, KPISoft Malaysia Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Entomo), telah memulakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 19 Mac 2020, sehari selepas Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu disahkan menerusi keterangan Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Hanissul Jalis Md Yusof, semasa prosiding PAC pada 21 April lalu.

Menurut Hanissul Jalis, KPISoft telah membentangkan cadangannya kepada KKM untuk sistem pengurusan wabak COVID-19.

PAC berkata susulan mesyuarat itu, KPISoft telah membuat cadangan rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membangunkan aplikasi tersebut dengan surat dihantar kepada Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir pada 24 Mac 2020 bagi menyatakan minatnya.

MySejahtera diperkenalkan ketika negara dilanda pandemik COVID-19. - Gambar fail
MySejahtera diperkenalkan ketika negara dilanda pandemik COVID-19. - Gambar fail

Sebahagian daripada surat itu, yang disertakan dalam laporan PAC, mendedahkan bagaimana syarikat tersebut meminta MKN menerima tawarannya untuk membantu kerajaan dalam menangani penularan wabak itu.

Malah ia turut memaklumkan bahawa aplikasinya akan dibangunkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

PAC menegaskan bahawa Mohd Rabin telah membalas surat KPISoft tiga hari kemudian, memaklumkan firma itu bahawa MKN mengalu-alukan dan berbesar hati menerima tawarannya untuk membangunkan sistem tersebut.

Tambah PAC,  berdasarkan keterangan berasingan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Shariffah Rashidah Syed Othman, keputusan untuk memilih KPISoft adalah berdasarkan konsensus yang dibuat semasa mesyuarat Pasukan Petugas Pemboleh Daya Digital (DET).

DET telah ditubuhkan pada 23 Mac 2020, hanya sehari selepas KPISoft menghantar suratnya kepada MKN untuk mendapatkan kelulusan bagi membangunkan MySejahtera.

“Perbincangan di bawah DET mengambil kira penilaian dilaksanakan MAMPU bahawa sistem yang dicadangkan oleh KPISoft dilihat mampu menguruskan wabak COVID-19,” katanya.

Shariffah Rashidah berkata, perbincangan dan proses membuat keputusan adalah disebabkan keperluan mendesak untuk menguruskan keadaan COVID-19 pada masa itu, dengan mengambil kira kemunculan beberapa kluster dan peningkatan kadar kematian. 

Menurut beliau, KPISoft difahamkan sebagai syarikat tunggal yang terlibat dalam rundingan dengan agensi kerajaan.

PAC, bagaimanapun mendapati tidak memperoleh minit atau dokumen sokongan berkaitan pelantikan KPISoft untuk membangunkan aplikasi MySejahtera.

Malah katanya, saksi yang dipanggil untuk disoal siasat juga tidak dapat menjawab dengan jelas mengenai siapa sebenarnya yang meluluskan pelantikan itu.

Jawatankuasa itu menambah bahawa pada 1 April 2020, Kabinet telah mengambil maklum keputusan mengenai pembangunan aplikasi MySejahtera dan pada hari sama, perjanjian tanpa pendedahan antara MKN dan KPISoft telah ditandatangani.

“Pada 5 April 2020, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan PKP bersetuju agar aplikasi MySejahtera digunakan untuk memantau penularan wabak Covid-19 di zon merah.”

Secara berasingan, PAC mendapati Kementerian Kewangan (MOF) tidak pernah dimaklumkan mengenai kelulusan yang diberikan kepada KPISoft, dengan menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan kepada jawatankuasa itu bahawa perkara tersebut tidak pernah sampai kepada kementerian terbabit. – The Vibes, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar