web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Idea Bina Negara Terima Lebih 12,000 Pendapat Anak Muda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 2:23PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) sempat bertemu dan meluangkan masa bersama mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Platform digital Idea Bina Negara (IBN) yang membolehkan golongan belia mengemukakan idea dan inspirasi ke arah pembangunan negara telah menerima lebih 12,000 pandangan daripada anak muda seluruh negara. 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau amat berbesar hati kerana penyumbang idea terbesar adalah dalam kalangan belia berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun iaitu sebanyak 57.9 peratus. 

“Dalam usaha memperkukuhkan semangat Keluarga Malaysia, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap belia dan anak muda dengan memastikan luahan suara mereka sentiasa didengari dan diberikan perhatian.

“Ini kerana anak-anak muda mempunyai idealisme yang sangat penting kerana mereka didedahkan idea-idea yang lebih progresif yang diperoleh melalui input internet sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya pada Majlis Perasmian IBN 2022 di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini. 

Ismail Sabri berkata data dan maklumat yang diperoleh menerusi IBN itu akan membantu kerajaan dalam menyediakan inisiatif dan insentif yang bersesuaian untuk golongan anak muda.

Beliau berkata kerajaan sememangnya memerlukan sokongan padu golongan belia dan anak muda untuk membangunkan Malaysia dan beliau percaya inisiatif platform digital IBN telah membuka ruang kepada seluruh anak muda untuk menyalurkan idea dan menyuarakan permasalahan kepada kerajaan.

“Saya yakin, dengan mengambil cakna terhadap suara, solusi, dan aspirasi anak muda kepada kerajaan, kita mampu untuk bersama-sama menjayakan agenda besar pemulihan negara,” kata beliau. 

Ismail Sabri berkata analisis teks menggunakan teknologi kepintaran buatan menunjukkan idea yang diajukan melalui aplikasi IBN bersifat positif dan membina dengan sebanyak 12 peratus anak muda menyuarakan tentang isu politik dengan menyentuh aspek kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan kematangan pemimpin.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan amat prihatin terhadap isu peluang pekerjaan yang menghantui golongan anak muda masa kini dengan 46.2 peratus hanya memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 sebulan.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk perantis lepasan sekolah dan graduan yang membenarkan majikan untuk menggaji pekerja berusia 18 hingga 30 tahun dengan menyediakan insentif berjumlah RM900 sebulan.

Beliau berkata kerajaan turut memperkenalkan pelan pembiayaan berjumlah RM150 juta yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional dan Agrobank khusus untuk golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar