web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 20 Hari Selepas Diumum, PerantiSiswa Keluarga Malaysia Diterima Ribuan Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2022 11:48AM

Mahasiswa perguruan menunjukkan tablet yang diterima mereka pada Majlis Penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia oleh Menteri Komunikasi dan Multimetia Tan Sri Annuar Musa di Institut Perguruan Batu Lintang September lalu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kurang tiga minggu selepas inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 2,764 mahasiswa sudah menerimanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap peranti dibekalkan bersama aksesori tulen papan kekunci, pen stylus, ‘casing’, jaminan dua tahun, perkhidmatan sokongan pasca jualan, Platform Pengurusan Peranti dan Perisian Peranti Pengeluar.

“Setakat 23 September lalu, seramai 2,764 mahasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

“Jumlah keseluruhan kos bagi perolehan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah sebanyak RM385,310,057 untuk pembekalan 350,000 unit tablet,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pada Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14.

Dalam soalannya, pemimpin wanita itu meminta penjelasan berhubung bilangan peranti sudah diagih di bawah PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan kosnya.

Pada 3 September lalu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan bersetuju memberikan peranti secara percuma kepada semua penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia, bagi meringankan bebanan pelajar dalam kalangan B40.

Ismail Sabri berkata, pemberian membabitkan peranti jenama terkenal itu juga sebagai penghargaan, selain diharap menjadi pemangkin bagi penerima untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

Katanya, penerima tidak perlu memulangkan semula peranti tersebut selepas pengajian seperti mana diumumkan menerusi Konsep Guna Pakai (KGP).

Manakala, Annuar menerusi kenyataannya sebelum ini, memberi jaminan supaya pelajar tidak perlu ‘pening kepala’ sekiranya peranti diterima mereka mengalami kerosakan.

Jelasnya, ia memandangkan mereka boleh menghantar peranti berjenama terkenal itu ke pusat perkhidmatan bagi memperoleh unit baharu. – Getaran, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar