web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kualiti Jalan Raya Malaysia Ke-12 Paling Teruk Antara 59 Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 8:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia tersenarai pada kedudukan ke-48 atau 12 terbawah dalam kalangan 59 negara yang memiliki kualiti jalan raya paling teruk di dunia.

Senarai itu dikeluarkan menerusi kajian firma pendidikan pemandu, Zutobi menerusi laporan bertajuk ‘Worst and Best Roads - US and International Ranking’.

Kajian itu menunjukkan kualiti jalan raya di Malaysia menurun 5.3 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, dengan jumlah kematian jalan raya direkod adalah kedua tertinggi, iaitu 22.76 bagi setiap 100,000 orang.

Manakala Kuwait berada pada kedudukan teratas sebagai negara yang memiliki jalan raya terburuk di dunia, dengan skor keselamatan keseluruhan 1.33 daripada 10.

Jumlah kematian di negara Timur Tengah itu adalah ketiga tertinggi di jalan raya bagi setiap 100,000 orang, iaitu hampir 19.

Empat negara lain yang berada dalam senarai lima negara yang memiliki jalan raya paling teruk adalah Costa Rica (2.24/10), Georgia (2.33/10), Panama (2.54/10) dan New Zealand (2.93/10).

Menerusi kajian membabitkan kesemua 59 negara itu, Malaysia memperoleh skor keselamatan keseluruhan 3.32 daripada 10.

Ia berdasarkan empat faktor, iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya.

Singapura pula disenaraikan sebagai negara yang merekodkan skor keseluruhan tertinggi kualiti jalan raya, iaitu 9.44 daripada 10, malah mencatatkan kadar kematian jalan raya paling sedikit, dengan 1.69 bagi setiap 100,000 orang.

Kajian itu turut menunjukkan empat negara lain yang mencatatkan skor kualiti jalan raya terbaik, iaitu Belanda dengan 8.62 daripada 10, diikuti Switzerland (8.58/10), Japan (8.41/10) dan Denmark (7.59/10).

Selain itu, laporan pernah dikeluarkan firma terbabit menunjukkan Malaysia antara 10 negara paling berbahaya untuk memandu, selain Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.

Pada masa sama, Malaysia turut direkodkan mempunyai bilangan kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol, iaitu hanya 0.1 peratus. - Getaran, 3 Oktober 2022

 
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi