web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reka Bentuk Terperinci LCS Sudah Siap 94 Peratus - Ikmal Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 5:09PM

Ikmal Hisham Abdul Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memaklumkan reka bentuk terperinci pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sudah disiapkan 94 peratus oleh pihak kontraktor.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah-Perikatan) berkata, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), kontraktor utama projek LCS, telah diarah untuk mengutamakan reka bentuk terperinci, yang perlu dilakukan serentak dengan pembinaan kapal tersebut.

“Setakat November 2019, pengeluar peralatan tulen (OEM), Naval Group telah meluluskan 82 peratus daripada 94 peratus reka bentuk terperinci yang disiapkan oleh BNS”.

Menurut Ikmal Hisham, baki enam peratus yang belum siap melibatkan zon tidak kritikal kapal iaitu bahagian kapal yang akan berada di atas air.

Beliau berkata, reka bentuk terperinci untuk zon kritikal (yang akan ditenggelami air) telah mencapai kemajuan antara 98 peratus dan 100 peratus.

“Perkara itu sedang dibincangkan oleh BNS dan Naval Group. Ini penting bagi memastikan apa sahaja yang diputuskan pada masa hadapan mampu memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pengguna akhir.

"Naval Group juga telah memutuskan untuk menghantar pasukan teknikal mereka untuk menjalankan audit ke atas reka bentuk bulan depan,” katanya.

Ikmal Hisham berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas-PAS) mengenai kemas kini berkaitan reka bentuk kapal dan jaminan yang kerajaan tawarkan bahawa LCS pertama akan dihantar dalam tempoh dua tahun lagi.

Beliau turut mengulangi komitmen Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini bahawa kementerian itu optimis untuk menghantar kapal pertama dalam tempoh dua tahun dengan berkata, ia adalah jangka masa yang realistik.

Dalam satu kenyataan semalam, Hishammuddin berkata sebaik sahaja kerja mobilisasi LCS selesai pada Disember, semua pihak yang terlibat akan mempunyai 14 bulan untuk menyiapkan kapal itu.

"Garis masa ini mesti dipatuhi oleh semua pihak berkepentingan," katanya. – The Vibes, 3 Oktober 2022 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad