web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menara Telekomunikasi Akan Dibina Di Pulau Sipadan - Mohammad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 8:29PM

Pembinaan menara terbabit dijangka dimulakan sebelum akhir tahun ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan, dekat sini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata pembinaan menara itu, dijangka dimulakan sebelum akhir tahun ini dan setelah siap, empat syarikat telelomunikasi Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile, akan menyediakan perkhidmatan di pulau itu.

Perkhidmatan Internet dengan lingkungan kelajuan 35mbps akan dapat disediakan untuk pelancong dan pos keselamatan di Sipadan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain kawasan pelancongan, menurutnya berdasarkan pengalaman bertugas sebagai Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), pos keselamatan juga dilihat penting untuk dilengkapkan dengan kemudahan internet.

“Memang penting ada perkhidmatan telekomunikasi disediakan, bagi memudahkan anggota keselamatan supaya mereka boleh berhubung secara terus serta cepat,” katanya.

Sementara itu katanya SKMM akan turut membina tiga menara telekomunikasi di Pulau Bum Bum serta sebuah di Pulau Pababag di sini, bagi meningkatkan capaian Internet di kawasan berkenaan.

Selain itu, Mohammad berkata terdapat menara telekomunikasi sedia ada di kawasan pulau di sini, yang boleh 'ditumpang' dan perkara berkenaan boleh menjimatkan kos serta masa dalam usaha menyediakan rangkaian telekomunikasi, di kawasan terbabit.

“Berdasarkan pada tinjauan saya, saya perhati ada juga menara-menara sedia ada, menara komersil ada juga menara yang di bawah Angkatan Tentera Malaysia, dan kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka mungkin kita boleh ada kolaborasi untuk ‘tumpang’ menara,” katanya lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

4

Semasa 3 tahun yang lalu

SKMM Perketat Kawal Selia Kandungan Digital Tangani Kemudaratan Dalam Talian

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad