Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Skandal LCS: 2 Syarikat ‘Orang Tengah’ Ditamatkan Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 6:52PM

Proses penamatan syarikat Contraves Advanced Devices (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) giat dilakukan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan menamatkan perkhidmatan dua syarikat yang menjadi ‘orang tengah’ dalam kontrak perolehan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai sebahagian daripada pelan mobilasi untuk menambah baik pelaksanaan projek itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, proses penamatan syarikat Contraves Advanced Devices (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) itu giat dilakukan.

“Penamatan ini akan membolehkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) berunding dengan wakil pengeluar peralatan tulen (OEM) dan vendor secara terus tanpa perlu lagi melalui CAD dan CED.

“Langkah ini akan dapat mengurangkan kos peralatan kapal yang perlu dibayar kepada vendor serta OEM memandangkan tiada lagi penglibatan pihak pengantara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hishammuddin, fasa mobilisasi projek LCS yang bermula pada Jun lalu dan akan berakhir Disember depan, bertujuan memastikan baki projek itu dijalankan mengikut perancangan.

Ini berikutan kontroversi projek pembinaan enam kapal tersebut apabila RM9 bilion dibelanjakan tetapi tiada kapal diserahkan sehingga hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan CAD dan CED sebagai subkontraktor yang dilantik oleh BNSSB serta mengenakan caj berlebihan kepada kerajaan sebanyak tiga kali ganda untuk dua pakej tersebut.

Dakwanya, dua pakej projek melibatkan subkontraktor ‘berlapis-lapis’ menyebabkan kos meningkat hampir tiga kali ganda, daripada RM397 juta kepada RM1.185 bilion.

Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan, BNSSB juga sedang giat berunding dengan sembilan institusi perbankan bagi tujuan penstrukturan semula hutang dan ia dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

Katanya, BNSSB selesai mengadakan rundingan dengan 145 vendor tempatan dan 42 OEM luar negara terlibat, terutama membabitkan peralatan serta sistem utama yang memberi akujanji terus menyokong projek itu.

“Perkara berkaitan detailed design juga sedang dirundingkan oleh BNSSB dengan pihak Naval Group dari Perancis. Ini penting bagi memastikan apa jua diputuskan kelak dapat memenuhi keperluan TLDM sebagai end user.

“Pihak Naval Group juga telah memutuskan akan menghantar pasukan teknikalnya untuk melakukan audit terhadap detailed design tersebut pada bulan ini,” katanya.

Pada masa sama, Hishammuddin mendedahkan, kerajaan Perancis telah bertemu dengan beliau, sekali gus menyerahkan komitmen bertulis dengan menyatakan meneruskan dan menyelesaikan projek LCS menjadi keutamaan mereka.

“Ini perkembangan mustahak serta amat membantu memandangkan majoriti Naval Group dimiliki oleh kerajaan Perancis.

“Secara keseluruhannya, semua pihak daripada kerajaan mahupun komersial memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik terutama di fasa mobilisasi ini,” katanya.

Mengenai persoalan bila pembinaan LCS akan disambung semula, beliau berkata, ia akan dilaksanakan sebaik sahaja semua rundingan selesai dan setiap perjanjian dimuktamadkan dalam fasa mobilisasi yang akan berakhir penghujung Disember ini.

“Berhubung persoalan tentang tempoh siap pembinaan, seperti saya tegaskan sebelum ini, sekurang-kurangnya dalam dua tahun ini LCS 1 siap pembinaannya.

“Tempoh ini realistik memandangkan selepas fasa mobilisasi selesai Disember ini, semua pihak terlibat mempunyai 14 bulan untuk memastikan kapal siap pembinaan dan berada di permukaan air, sebelum menjalani trial seperti Harbour Acceptance Test dan Sea Acceptance Trial,” katanya.

Hishammuddin berkata, garis masa tersebut mesti dipatuhi semua pemegang taruh, khususnya BNSSB selaku syarikat pembuat kapal tersebut.

Tambah beliau, laporan proses rundingan di fasa mobilisasi itu akan dibentang kepada Jemaah Menteri secara berjadual.

“Sementara menunggu LCS siap sepenuhnya, TLDM telah memohon perolehan Littoral Mission Ship (LMS) batch kedua yang dilengkapi persenjataan lebih menyeluruh.

“Pihak Kementerian telah pun membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan perolehan ini,” katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNSSB yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Who mendedahkan, lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

PAC melalui laporannya juga mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS itu, selain mengesyorkan tujuh langkah.

Ia termasuk SPRM mengambil tindakan terhadap dapatan laporan PAC, Laporan Audit Forensik dan laporan JKSTUPKK.

Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) juga disyor mengemukakan laporan kemajuan kepada PAC setiap tiga bulan sehingga projek itu disiapkan dan laporan JKSTUPKK dinyahklasifikasikan. – Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

LCS: PAC Lawat TLDM Lumut, Mula Prosiding Sabtu Ini

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Luar Negara 22 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy