web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FELCRA Timbang Hapus Hutang Lapuk 30 Tahun, Babit Nilai RM230 Juta 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 8:46PM

Mahdzir Khalid hadir pada program Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia FELCRA Berhad di Rantau Panjang, Kelantan hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad sedang menimbang kemungkinan untuk melupuskan hutang lapuk lebih 30 tahun berjumlah RM230 juta melibatkan 20 ribu pesertanya di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, hutang dari generasi pertama itu tidak dapat diselesaikan dan kekal sehingga beberapa generasi.

"Kita kaji masalah di seluruh negara, ada yang berkaitan dengan hutang tertunggak peserta FELCRA yang ramai. Ada lebih kurang 20 ribu peserta FELCRA. 

“Kita sedang muktamadkan bagaimana nak melupuskan hutang tu dan kita akan bincang perkara ini. Lebih baik kita cari jalan untuk elak generasi yang akan datang berdepan masalah sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia FELCRA Berhad di Rantau Panjang, Kelantan hari ini.

Hadir sama, Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

Jelas Mahdzir, hutang lapuk itu mencakupi kos perbelanjaan pengurusan tanah dan penanaman kelapa sawit bagi pihak peserta, yang perlu ditolak selepas hasil kelapa sawit dituai.

“Bagaimanapun hasil tuaian kelapa sawit di tanah peserta tidak memadai untuk membayar balik kos yang dibelanjakan oleh FELCRA sebelum itu, menyebabkan akaun mereka direkodkan sebagai berhutang dengan pihak FELCRA sehingga diwarisi kepada generasi peserta FELCRA hari ini.

"Dia orang bayar secara bulan, ikut pendapatan, jadi hutang awal itu nak tolak tanah, nak tanam pokok, nak pagar. Itu dikira semua sekali atas satu individu, atas satu peserta. Lima tahun kemudian, tanah dia dapat hasil barulah start nak potong,” katanya.

Justeru beliau berkata, pihaknya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan hutang lama itu bagi mengelakkan masalah sama dihadapi generasi seterusnya.

Pengurusan FELCRA jelasnya, akan membuat permohonan kepada kerajaan untuk melupuskan rekod hutang lapuk itu di peringkat Kementerian Kewangan.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sudah menyatakan persetujuan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun ini.

Katanya, persetujuan itu dinyatakan Perdana Menteri dalam pertemuan membabitkan lima kepemimpinan tertinggi atau 'Top 5' UMNO semalam.

"Menerusi pertemuan semalam, kita berbincang mengenai perkara berkaitan PRU. Macam-macam isu dibangkitkan dari segi calon, duit, jentera dan macam-macamlah.

“Secara asasnya, Perdana Menteri juga sudah bersetuju PRU-15 diadakan tahun ini,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan PRU-15 tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu sidang media selepas itu berkata, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas mengenai persiapan UMNO bagi menghadapi PRU-15, Mahdzir berkata, persiapan parti kini amat mantap dan mereka sudah bersedia untuk berjuang.

“UMNO sudah bersedia untuk mengembalikan kemenangan dengan penuh bermaruah,” katanya. - Getaran, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 28 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan