web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Arah Siasatan Dakwaan Salah Laku Buku Tommy Thomas Disegerakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 5:18PM

Buku ‘My Story: Justice in the Wilderness yang diterbitkan Thomas mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan serta melanggar sumpah jawatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, segera melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti kemungkinan berlaku salah laku dalam penerbitan bahan bacaan tersebut.

Arahan itu dikeluarkan Ismail Sabri susulan pembentangan hasil siasatan buku berkenaan pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menurut beliau, laporan tersebut disediakan pasukan itu dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 hingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan disebut mantan Peguam Negara terbabit.

“Berdasarkan siasatan dibuat, pasukan ini mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama.

“Ia adalah membabitkan dakwaan ke atas badan kehakiman, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional serta kenyataan berbaur hasutan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pasukan Petugas Khas seterusnya sudah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.

“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh Tan Sri Tommy Thomas.

“Siasatan akan dijalankan antaranya mengikut Seksyen 124(1) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya.

Pada Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, laporan akhir pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tommy akan dibentang kepada jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Katanya, pembentangan itu bagi mendapatkan arahan dan mandat berhubung tindakan susulan perlu dilaksanakan.

Beliau berkata, pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-Undang kerajaan Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung, mengenal pasti 19 isu penting daripada buku itu yang memerlukan perhatian lanjut pihak kerajaan.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi membuat kajian awal berhubung dakwaan terbabit, termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih, yang ditulis dalam buku itu.

Buku ‘My Story: Justice in the Wilderness yang diterbitkan Thomas mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan serta melanggar sumpah jawatan. - Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad