Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hantaran Di Media Sosial Tidak Merujuk Kepada Ebit Lew - Saksi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 4:00PM

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp tahun lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM -  Satu hantaran bertarikh 26 Julai 2021 di media sosial oleh saksi pertama dalam perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew, tidak merujuk kepada pendakwah itu.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga seorang pendakwah, memberi keterangan sebagai saksi ketiga dalam perbicaraan itu memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hantaran menerusi akaun Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi milik saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, hanya meletakkan pendakwah selebriti terkenal.

"Selain itu, kami menerusi sayap wanita MRM juga sedang mengendalikan beberapa kes melibatkan individu-individu yang berpengaruh dalam masyarakat. Majoriti mangsa yang mengadu tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan.

"Maka, posting (kiriman) itu tidak merujuk kepada Ebit Lew sahaja kerana sehingga kini menerusi sayap wanita MRM masih menerima kes-kes lain yang berprofil tinggi," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria hari ini.

Wong memberitahu hantaran itu dibuat oleh Mohd Fairuz menerusi akaun Facebooknya selepas mereka berbincang bahawa terdapat wanita lain yang telah mengadu kepada mereka mengenai gangguan seksual oleh Ebit Lew.

"Maka kami menawarkan, jikalau ada wanita di luar yang menjadi mangsa seksual atau gangguan seksual, untuk tampil ke hadapan tanpa perlu risau," katanya.

Zahida:Adakah kamu tahu bagaimana permulaan pengadu (mangsa), membuat aduan kepada Mohd Fairuz?.

Wong: Ya, saya tahu bagaimana permulaan pengadu membuat aduan kepada Akhi Fairuz (Mohd Fairuz) iaitu selepas beliau (pengadu) melihat satu kiriman oleh Mohd Fairuz, pengadu telah berhubung dengan Akhi Fairuz menerusi telefon (aplikasi) Whatsapp.

Zahida: Apa kiriman yang kamu maksudkan?

Wong: Kiriman yang saya maksudkan adalah satu kiriman di Facebook.

Zahida: Kamu boleh ingat apakah kandungan kiriman tersebut?

Wong: Antara isi kandungan kiriman yang saya ingat adalah berkaitan kesediaan, kesanggupan dan penawaran dari Akhi Fairuz untuk membantu mangsa-mangsa gangguan seksual.

Wong turut mengecam sekeping gambar daripada lapan gambar kemaluan lelaki yang dikongsi oleh Mohd Fairuz, yang menerima gambar berkenaan daripada pengadu.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung pada 20 hingga 22 Disember depan. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Luar Negara 17 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Luar Negara 14 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar