web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Unsur Culik Di 3 Sekolah Rendah - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 6:47PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada sebarang unsur kejadian culik dikesan membabitkan tiga kes yang dilaporkan di tiga sekolah rendah dalam daerah Gombak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, susulan tiga laporan polis yang dibuat, pihaknya tidak menemui sebarang unsur cubaan culik.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati ketiga-tiga kejadian berlaku di hadapan sekolah selepas waktu persekolahan tamat, di mana pada masa itu keadaan hadapan sekolah dipenuhi dengan kenderaan bas sekolah serta kenderaan ibu bapa yang mahu mengambil anak masing-masing. 

"Pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dengan mengenal pasti saksi penting membabitkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan sekolah, warden lalu lintas, guru besar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Integrasi At-Tayyibin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, dua wanita berusia 32 tahun dan 38 tahun dan seorang lelaki berusia 43 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa anak mereka berusia tujuh tahun dan dua lagi berusia sembilan tahun cuba diculik lelaki tidak dikenali ketika berada di luar sekolah sejak 26 September lalu.

Noor Ariffin berkata, semua saksi yang berada di lokasi kejadian pada masa yang didakwa berlakunya cubaan culik mengesahkan tiada sebarang perlakuan kejadian sebagaimana yang dilaporkan.

"Polis Daerah Gombak, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan penyebaran berita palsu dan menularkannya kerana mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular di media sosial satu laporan polis yang mendakwa seorang kanak-kanak cuba didekati seorang lelaki di hadapan Sekolah Kebangsaan Tun Teja, Rawang, pada petang 26 Disember lalu dan SAR KAFA Integrasi At-Tayyibin, Batu Caves, pada petang Selasa lalu. - Getaran, 29 September 2022

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar