web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Rawatan Jantung Bakal Meningkat Jika Tiada Langkah, Kawalan Pencegahan - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 2:29PM

Pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos rawatan penyakit jantung dijangka terus meningkat jika tiada tindakan sewajarnya diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini menganggarkan, RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan kos penjagaan kesihatan sebanyak RM9.65 bilion pada 2017 telah diperuntukkan bagi merawat pesakit jantung.

Menurut beliau, penyakit itu pada tahun 2000 telah merekodkan peningkatan daripada 11.6 peratus ke 17.0 peratus pada 2020.

“Penyakit jantung adalah penyumbang terbesar kepada kematian di seluruh dunia.

“Di Malaysia, ia kekal sebagai penyebab utama kematian, dengan 18,515 atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit itu,” katanya hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

Dr Noor Hisham berkata, bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular.

“Pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung.

“Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja, oleh itu pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour),” katanya.

Jelas beliau, tindakan awal itu berupaya mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung pada tahap yang minimum.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar masyarakat cakna dengan semua faktor risiko penyakit ini agar pengesanan awal dapat dilakukan dan seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.

“Kami ingin mencadangkan lapan langkah untuk diamalkan semua rakyat dalam menjaga kesihatan jantung masing-masing, meliputi mengambil makanan secara sihat dan seimbang, melakukan aktiviti fizikal, mengekalkan berat badan ideal, tidak menghisap rokok atau vape dan menghindari pengambilan alkohol,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, orang ramai juga diminta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mematuhi rawatan yang ditetapkan, selain mengenal pasti tanda awal penyakit jantung.

“Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan bermula Julai sehingga Disember tahun ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk menjalani saringan kesihatan.

“Ia juga selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan kerajaan baru-baru ini, bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran,” katanya.

Serentak dengan itu, orang ramai digesa merebut peluang untuk menjalani saringan kesihatan dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran.

Rakyat negara ini jelas Dr Noor Hisham lagi, turut diseru agar berusaha menjalani gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh, seterusnya menjadi inspirasi serta motivasi kepada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.

“Kesihatan kita, milik kita, tanggungjawab kita demi generasi akan datang,” katanya.

Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun dan untuk tahun ini, ia diadakan dengan tema Hargai Jantung Sayangi Kehidupan bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan jantung di kalangan masyarakat. – Getaran, 29 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad