web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Sediakan Draf MJM Baharu Berhubung Pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 6:40PM

Khairy Jamaluddin berkata KKM telah menerima laporan hasil kajian oleh pihak AGC berkaitan cadangan dekriminalisasi bagi cubaan bunuh diri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyediakan draf Memorandum Jemaah Menteri (MJM) baharu, berhubung permohonan pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk tidak menjenayahkan kesalahan cubaan bunuh diri, seperti yang disarankan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM telah menerima laporan hasil kajian oleh pihak AGC berkaitan cadangan dekriminalisasi bagi cubaan bunuh diri.

Beliau berkata hasil kajian pihak AGC itu, akan dibincangkan dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan AGC, untuk dimasukkan dalam draf MJM sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet.

“Pada waktu saya bawa MJM ini (sebelum ini), nampak macam KDN tak berapa setuju. Kita tengoklah sama ada mereka boleh dipengaruhi untuk menyokong usaha kita decriminalise cubaan bunuh diri ini,” katanya kepada media selepas Majlis Agihan Dana Bagi Program Kesihatan Mental kepada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), di sini hari ini.

MJM sebelum ini merupakan usaha nyah jenayah cubaan bunuh diri dan langkah meminda atau memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mensabitkan tingkah laku itu sebagai kesalahan jenayah.

Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati cuba membunuh diri boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Khairy berkata sama ada pindaan terhadap Akta 574 itu dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang, bergantung kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri apabila beliau membawa MJM itu untuk dibincangkan.

Sementara itu, Khairy berkata KKM telah mengemukakan permohonan dalam Bajet 2023 untuk kerajaan menambah peruntukan bagi Program Kesihatan Mental, Kaunseling dan Psikososial sebanyak 2.5 peratus daripada peruntukan tahun ini berjumlah RM408.58 juta.

“Dari masa ke semasa kita cuba tingkat perkhidmatan terutamanya kesihatan mental.” - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

3

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad