web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majikan Diberi 6 Jam Ambil Pekerja Asing Atau Dihantar Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 3:37PM

Khairul Dzaimee berkata dalam keadaan tertentu, tempoh tersebut akan dilanjutkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peraturan Jabatan Imigresen (JIM) memberi tempoh selama enam jam kepada majikan untuk datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menerima pekerja asing mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kegagalan majikan mematuhi peraturan itu akan menyebabkan pekerja asing berkenaan diberikan notis ‘Not to Land’ (NTL) dan akan diarah pulang dengan penerbangan berikutnya ke negara asal.

Bagaimanapun katanya, dalam keadaan tertentu, tempoh tersebut akan dilanjutkan.

“Pekerja asing berkenaan tidak akan dilepaskan keluar sehingga majikan sebenar sebagaimana dalam permohonan tiba di KLIA untuk menerima mereka.

“Peraturan di atas bertujuan untuk memastikan semua pekerja asing mempunyai majikan yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai hantaran seorang blogger di Facebook yang menuduh JIM mengenakan peraturan tidak realistik berkaitan pengurusan masuk pekerja asing di KLIA.

Tegas beliau, majikan diwajibkan menunggu ketibaan pekerja asing baharu mereka di KLIA.

“Mereka bertanggungjawab menguruskan dokumentasi pekerja berkenaan dan membuat pengesahan bahawa mereka adalah majikan kepada pekerja terbabit.

“Sejak pembukaan semula sempadan negara, JIM telah menguruskan kemasukan pekerja asing baharu berjumlah 98,079 mulai 1 April sehingga 26 September lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan tidak berasas dilemparkan blogger berkenaan yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai.

Ujarnya, JIM sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan