web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raja Salman Lantik Putera Mahkota PM Baharu Arab Saudi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 11:30AM

Mohammed Salman kini Perdana Menteri baharu Arab Saudi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melantik Putera Mahkota Mohammed Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi, menurut Dekri Diraja semalam.

Dalam pada itu, anak lelaki keduanya, Putera Khalid turut dilantik sebagai menteri pertahanan negeri tersebut.

Rombakan itu turut menyaksikan seorang lagi anak lelakinya, Putera Abdulaziz, sebagai menteri tenaga.

Menurut Dekri Diraja itu lagi, jawatan Menteri Luar Negeri Putera Faisal Farhan Al Saud, Menteri Kewangan Mohammed al-Jadaan dan Menteri Pelaburan Khalid al-Falih dikekalkan.

Putera Mohammed, 37, telah diangkat sebagai Putera Mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

Pada 2015, beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan, satu langkah penting dalam penyatuan kuasa yang pantas menyaksikannya menerajui portfolio utama.

Beliau juga menjadi ‘pemerintah de facto’ Arab Saudi selama beberapa tahun.

Putera Khalid pula sebelum ini pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pertahanan.

Raja Salman akan tetap mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadirinya, kata dekri itu.

Selepas pengumuman itu, stesen televisyen kerajaan Arab Saudi memaparkan Raja Salman mempengerusikan mesyuarat Kabinet semalam.

Sejak bertahun-tahun lamanya, Arab Saudi berusaha menghentikan spekulasi berhubung kesihatan Raja Salman yang telah memerintah negara pengeksport terbesar minyak dunia sejak 2015.

Pada 2017, kerajaan Saudi menolak laporan dan spekulasi memuncak bahawa raja berusia 86 tahun itu merancang untuk turun takhta.

Raja Salman telah dimasukkan ke hospital dua kali tahun ini, yang terbaharu selama seminggu pada Mei lalu susulan pemeriksaan perubatan termasuk kolonoskopi. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad