web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Ditinggal Dalam Beg Di Kedai Makan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 9:55PM

Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg yang ditinggalkan di kawasan kedai makan di Bandar Baru Bukit Jalil kelmarin - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg yang ditinggalkan di kawasan kedai makan di Bandar Baru Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi tersebut dalam keadaan sihat.

“Pada 25 September jam 10.49 pagi, Pusat Kawalan Polis Daerah Cheras menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam yang memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan di Bandar Baru Bukit Jalil.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota daripada Balai Polis Bukit Jalil ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati bayi perempuan tersebut yang ditinggalkan dalam beg dan diletakkan di kawasan kedai makan, ditemui orang awam,” katanya.

Zam Halim berkata, bayi perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa maklumat sahih.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2146 0584/585) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya - Getaran, 27 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad