web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: CUEPACS Minta Bonus Sebulan Gaji Untuk Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 8:47PM

Adnan Mat berkata pemberian bonus itu wajar kerana mengambil kira perkhidmatan terbaik diberikan penjawat awam, terutama sebagai barisan hadapan ketika pandemik COVID-19 dengan beberapa kali pertukaran kerajaan sebelum ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pemberian bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata pemberian bonus itu wajar kerana mengambil kira perkhidmatan terbaik diberikan penjawat awam, terutama sebagai barisan hadapan ketika pandemik COVID-19 dengan beberapa kali pertukaran kerajaan sebelum ini.

“Kerajaan majikan kami, walaupun telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK), perkenalkanlah bonus, kami telah 11 tahun tiada bonus, hanya BKK.. sama ada ditolak BKK tidak ada masalah, tetapi yang penting, berilah dalam bentuk perkataan bonus.

“Ini kerana penjawat awam terus kekal memberikan perkhidmatan kepada rakyat, tidak ada jabatan yang ditutup (sepanjang COVID-19), tidak ada pekerja yang meninggalkan tugas, sebaliknya kami kekal memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Cuepacs Negeri Sembilan Sesi 2022-2025 di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan hari ini mampu melaksanakan pemberian bonus tersebut memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah biasa dengan penjawat awam sekali gus mampu meningkatkan motivasi mereka dalam pekerjaan.

Sementara itu, beliau sekali lagi meminta kerajaan mengumumkan gaji minimum perkhidmatan awam sebanyak RM1,800 dalam Belanjawan 2023 berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini, selain harga rumah yang semakin mahal menyukarkan penjawat awam memiliki rumah.

“Dengan gaji RM1,200 sekarang bagi lantikan pertama dan dicampur dengan elaun belum mencapai RM2,000, amat jauh untuk menyediakan kehidupan selesa apatah lagi membeli rumah kerana harga semakin meningkat, selepas 10 tahun bekerja baru nak beli rumah bermakna harga rumah sudah berpuluh-puluh kali meningkat,” katanya.

Adnan turut meminta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) membenarkan moratorium selama dua tahun atau suatu tempoh sehingga rumah disiapkan kepada peminjam sebelum pemotongan gaji dimulakan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini