web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan Cubaan Culik, Tapi Murid Reka Cerita - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 5:52PM

Mohd Yusri Hassan Basri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dakwaan kononnya ada cubaan menculik seorang murid sekolah rendah di Taman Pinji Mewah dekat sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak berasas, dan hanya sebuah cerita yang direka-reka sahaja, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Katanya berdasarkan siasatan polis, murid berkenaan mengaku mengada-adakan cerita kepada ibunya, sebelum membuat laporan polis. 

"Kita sudah siasat murid termasuk lima saksi yang terlibat dalam laporan, rakan sekelas, pengawal keselamatan serta pemandu van sekolah, (semuanya) tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak, ia tak benar. 

"Mungkin murid itu banyak terpengaruh dengan visual culik di luar negara melalui laman sosial, malah ada yang sedang viral, hingga dia mereka-reka cerita selain menyatakan ingin melihat apakah tindakan polis dalam isu berkenaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

Kes cubaan culik ini tular menerusi Facebook selepas bapa kanak-kanak itu memuat naik satu hantaran mendakwa anaknya hampir diculik, namun berjaya menyelamatkan diri ketika berada di hadapan sekolah Sabtu lepas.

"Kita juga ingin memaklumkan bahawa dakwaan dan spekulasi mengenai van putih dalam kes terbabit sebagaimana yang ditularkan sebelum ini, adalah tidak benar.  

"Polis telah sahkan kelibat van putih yang diperkatakan hanya kebetulan sahaja kerana kenderaan terbabit adalah bas pekerja, jadi apabila kes ini sedang hangat, maka ia telah disalah ertikan cubaan menculik," katanya lagi. 

Sehubungan itu katanya seluruh masyarakat diminta menghentikan perbuatan menyebar berita berkaitan perkara berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan kerana ia merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad