Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Polis Kelantan Minta Henti Sebar Maklumat Tidak Tepat Kes Culik Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 9:12AM

Muhamad Zaki Harun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan memohon kerjasama rakyat di negeri itu khususnya warga siber, supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata dakwaan cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak di pekarangan sekolah yang berlegar-legar dalam laman media sosial sejak kebelakangan ini, didapati tidak berasas.

“Beberapa hantaran yang dimuat naik dalam media sosial dan ditularkan telah mendorong Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di Kelantan menjalankan siasatan.

“Dakwaan yang mengaitkan indvidu mencurigakan berada di pekarangan sekolah atau tempat tertentu telah disiasat oleh pihak polis, namun kesemua dakwaan berkenaan tidak menjurus kepada situasi cubaan membawa lari atau menculik kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Muhamad Zaki berkata tindakan menyebar bahan atau perkara tidak berasas sehingga boleh menimbulkan kegelisahan awam dan ketakutan dalam masyarakat merupakan satu kesalahan.

Beliau berkata tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mendatangkan kegusaran awam), yang boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Polis Kelantan pada 22 dan 26 September lepas telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan cubaan menculik pelajar sekolah rendah masing-masing di daerah Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati individu yang dikatakan berada di kawasan sekolah berkenaan tidak mempunyai niat untuk menculik sebaliknya mempunyai urusan lain,” katanya.

Ujar beliau lagi, dakwaan sama turut berlaku di Kuala Krai baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di daerah itu.

“Bila kita jalankan siasatan, individu yang dikatakan cuba menculik itu rupanya kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan penapis air yang mempunyai urusan untuk membuat kutipan bulanan daripada pelanggan di situ,” katanya.

Muhamad Zaki berkata kejadian seumpama itu turut berlaku di kawasan Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada awal September lepas, sehingga seorang lelaki kurang siuman menjadi mangsa keadaan apabila dibelasah oleh orang ramai kerana didakwa cuba menculik kanak-kanak.

Mengenai penularan satu pekeliling oleh sebuah sekolah di Kelantan yang mengingatkan ibu bapa supaya menjaga dan mengawasi anak mereka berikutan risiko culik, Muhamad Zaki berkata siasatan mendapati dakwaan itu juga tidak berasas. 

"Pihak polis telah menjalankan siasatan selepas tular dakwaan seumpama itu, namun perkara berkenaan tidak benar dan tidak berasas apatah lagi yang mengaitkan mengenai sindiket mengambil organ kanak-kanak dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya merujuk sesuatu kejadian dan dakwaan itu melalui sumber sahih termasuklah daripada pihak polis supaya tidak berlaku kekeliruan. - Bernama

Sorotan

1

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

2

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

3

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

4

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

5

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

6

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

7

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Perayaan Disambut Minggu Ini Cerminkan Kepelbagaian Di Malaysia - Aaron

Sukan 21 jam yang lalu

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

Semasa 1 jam yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hezry Yasin Bukan Lagi Exco Pemuda PAS Selangor, Pendirian Tak Wakili Parti

oleh Sophia Ahmad