web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendakwaan Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 7:00AM

Ahmad Zahid dibebaskan pada 23 September lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pendakwaan semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu.

“Ya, pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes DS Zahid (Ahmad Zahid),” katanya.

Pada 23 September lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa membebaskan Ahmad Zahid, 69, yang juga Presiden UMNO, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata tiga saksi utama pendakwaan tidak boleh dipercayai.

Beliau juga berkata mereka memberi keterangan bahawa wang telah dimasukkan ke dalam sampul berwarna coklat pada setiap kali penghantaran namun pendakwaan tidak mengemukakan sebarang sampul sebagai bukti.

“Tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan saiz sampul yang digunakan. Saya tidak boleh bayangkan sampul surat apa dan saiznya yang boleh memuatkan wang tunai sebanyak SG$600,000 bersamaan kira-kira RM1.6 juta pada masa yang material,” katanya.

Ahmad Zahid didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc and US$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

4

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan