web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Senator Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 3:25PM

Dua senator baharu itu adalah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Senator Profesor Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah dan Exco Wanita UMNO, Senator Datin Ros Suryati Alang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua senator lantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ahli Dewan Negara, mengangkat sumpah hari ini bagi tempoh berkuat kuasa 20 September lalu hingga 19 September 2025.

Angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka adalah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Senator Profesor Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah dan Exco Wanita UMNO, Senator Datin Ros Suryati Alang.

Dr Mohamed Haniffa yang berkelulusan doktor perubatan dari University of Madras, India pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Klang dan Sabak Bernam.

Beliau juga adalah pengasas dan Pengerusi Eksekutif FOMEMA Sdn Bhd.

Datin Ros Suryati pula dikenali sebagai usahawan berjaya dan pernah dianugerahkan Tokoh Keusahawanan 2017.

Rais berkata, semua senator diseru mengamati ayat dan bahasa dalam surat sumpah lantikan.

“Saya berharap agar nilai budi diterapkan dan setiap senator memberikan perkhidmatan di lapangan melalui badan bukan kerajaan (NGO) diwakili,” katanya ketika berucap pada acara itu.

Pada masa sama, Rais mengharapkan semua senator bergiat aktif, terutama dalam fasa transformasi Parlimen agar Dewan Negara, tetap berada pada tempat sepatutnya dan dipandang mulia serta dihormati.

“Saya berharap agar Ahli Yang Berhormat menggunakan kepakaran masing-masing sebagai mana digariskan dalam Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, bagi menjuarai apa jua bidang terkait dengan senarai tugasan tersebut.

“Setiap senator wajar meneliti senarai tugas kolektif sebagai Indeks Capaian Utama masing-masing mulai 2023,” katanya. – Getaran, 26 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Utamakan Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Pedalaman Sabah - Senator

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dewan Negara Lulus Usul Kajian Separuh Penggal RMK12

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' Tidak Pernah Diguna Dalam Peruntukan Angkat Sumpah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar