web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KASA Pastikan Pemeriksaan Awal Semua Aset Bagi Hadapi Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 7:00AM

Mansor berkata pemeriksaan dan penilaian itu bagi memastikan semua aset dapat berfungsi dengan baik dan berjalan lancar. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menjalankan pemeriksaan awal dan penilaian terhadap semua aset-aset kementerian itu, sebagai persiapan menghadapi banjir ketika musim monsun timur laut.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman berkata pemeriksaan dan penilaian itu, bagi memastikan semua aset terutama rumah pam, pam-pam dan pintu air dapat berfungsi dengan baik dan berjalan lancar.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) beri amaran awal yang dikatakan hujan lebat bermula sekarang dan kami di KASA telah mengambil langkah awal memeriksa aset-aset kita, kerana ini mustahak yang perlu dikawal selia dan buat penilaian selalu bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

“Kita telah periksa rumah-rumah pam, pam-pam, pam-pam di pintu masuk, bagi memastikan semuanya lancar, kita tak nak berlaku macam di Taman Seri Muda (Selangor) ada masalah sedikit (berlaku banjir teruk) dan kali ini KASA bersedia lebih awal.

“KASA juga telah mengenal pasti lebih 6,000 kawasan yang dijangka berlaku banjir dan akan memberi lebih perhatian di lokasi yang terlibat itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Denai Sungai Kebangsaan di Kampung Chenaam, Sungai Ayer Hitam di sini hari ini.

Denai yang dibina sejak tiga bulan lepas itu telah siap dengan kos pembinaan lebih RM380,000.

Ia dipercayai mampu menjadi nilai tambah kepada golongan nelayan di kawasan tersebut dan dalam masa sama menjadi kawasan riadah serta pelancongan, kepada orang ramai.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pagi kelmarin, Mansor berkata kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat dan sistem perparitan di kawasan tersebut tersumbat.

“Hujan lebat yang direkodkan di Stesen Sungai Ara ialah 72.5mm dan air di dua sungai iaitu Sungai Bayan Lepas serta Sungai Tiram melimpah, menyebabkan beberapa kawasan di situ termasuk LTAPP mengalami banjir kilat, di lapangan terbang pula diburukan lagi dengan longkang tersumbat jadi air tidak boleh keluar dari situ,” katanya.

Beliau berkata bagi langkah jangka pendek mengatasi masalah banjir di LTAPP itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi terlibat memastikan sistem perparitan di kawasan tersebut tidak tersumbat.

Semalam Kerajaan Pulau Pinang berharap pihak berkuasa berkaitan lapangan terbang seperti Malaysia Airport dan JPS, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dapat membincangkan serta bekerjasama untuk penyelesaian jangka panjang terhadap LTAPP yang dilanda banjir kilat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad