Berita Terkini

4 jam yang lalu: Majlis pengurniaan surat cara lantikan dan angkat sumpah jawatan MB Pahang pada esok di Istana Abu Bakar - Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang 4 jam yang lalu: Pemangku Raja Pahang berkenan lantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar - Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang 4 jam yang lalu: Pemangku Raja Pahang perkenan pembentukan kerajaan negeri daripada BN dan PH - Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang 4 jam yang lalu: Tiada cuti khas pada hari pengundian Parlimen Padang Serai - MB Kedah 5 jam yang lalu: 5 maut helikopter terhempas di Korea Selatan

IKUTI KAMI


‘Baru Hujan 2, 3 Jam Dah Banjir, Mana Gaya Nak PRUnya?’

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 7:00AM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan seorang pemuda terpaksa berdiri di atas bangku perhentian bas kerana banjir yang berlaku di Danga Bay, Johor Bahru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja pemimpin dan ahli akademik, cadangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan ketika musim banjir nampaknya turut dibantah rakyat.

Bantahan itu disuarakan beberapa netizen di Twitter, susulan beberapa lokasi di sekitar Johor Bahru yang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal pagi semalam.

“Baru hujan dua, tiga jam dah banjir. Mana gaya nak PRUnya (Pilihan Raya Umum)?,” kata AzrulAhmad.

Dia turut berkongsi video berdurasi 24 saat memaparkan sebatang jalan dekat Danga Bay, Johor Bahru yang dibanjiri air.

Seorang pemuda malah dilihat terpaksa berdiri di atas besi tempat duduk di sebuah perhentian bas dengan motosikalnya hampir ditenggelami banjir.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dengan majoriti menyindir kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini.

“Geng redah banjir dah standby tu, tapi kena bubar Parlimen dulu. Jika tak bubar tak jadi redah,” kata Newnametoday.

“Tak pe, BN sanggup meredah untuk pancing undi,” kata DakShah.

“Sekarang sesuai untuk PRU. Cadangan Tok Hamidi (Ahmad Zahid) bagus untuk rakyat dan negara,” sindir Ganesan S Pillay.

“Zahid: Tak pe… banjir paling teruk pun paras bumbung dua tingkat. Pemilihan lagi penting sebab boleh kembalikan kuasa yang dah lama hilang,” kata Blackoutt.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, RedPakJon berkata, cadangan tersebut adalah strategi Barisan Nasional (BN) atau UMNO untuk memenangi PRU15.

“Kalau banjir, kurang orang keluar mengundi. Kemenangan mudah buat merekakan? Ke macam mana?,” soalnya.

Seorang lagi pengguna Twitter, Nor Izzuddin bagaimanapun menggesa kerajaan supaya menyelesaikan masalah banjir kilat sebelum PRU-15 diadakan.

“Betul tu, kerajaan patut selesaikan masalah banjir kilat ni. Selagi tak selesai jangan buat PRU,” tegasnya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN, di Stadium Titiwangsa, di sini, Sabtu lalu berkata, BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU15 diadakan tahun ini.

Beliau menyifatkan isyarat yang diberikan ahli parti supaya PRU15 diadakan dalam masa terdekat ini adalah jelas dan nyata.

Katanya, ia adalah berdasarkan laungan ‘bubar’ oleh lebih 10,000 pemuda BN yang bergema dalam Stadium Titiwangsa, di sini.

Bagaimanapun pada Rabu lalu, Ahmad Zahid menegaskan ucapannya sengaja dimanipulasi kononnya BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat.

Sebaliknya beliau menjelaskan, ucapannya pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini adalah bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan, selain memberi gambaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa jentera parti sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan PRU15 milik BN.

“Ucapan ini jelas untuk memberi gambaran kepada Perdana Menteri betapa jentera BN sudah pun bersedia untuk menghadapi PRU15 pada bila-bila masa walau apa jua keadaan dan situasi.

“Bagaimanapun ucapan bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan jentera BN itu dimanipulasi dan dipropagandakan konon BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat," katanya.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat semalam menyifatkan PRU15 sangat tidak sesuai diadakan pada November ini, susulan negara dijangka menerima taburan hujan lebih daripada biasa pada waktu itu, sekali gus berisiko berlaku banjir.

Katanya, jangkaan terbabit dibuat agensi di bawah kementeriannya, iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“MET Malaysia menjangkakan seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pada pertengahan November ini negara akan terima taburan hujan lebih daripada biasa dan kadar banjir pun biasa mula.

“Kita berwaspada lebih awal risiko pada pertengahan November, kalau kita buat pilihan raya masa itu memang sangat tak sesuailah.

“Bila ada pihak kata banjir nanti nak turun juga, respon daripada orang ramai saya rasa kalau 1,000 bagi komen, 1,000 marah,” katanya. - Getaran, 26 September 2022

 
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Kabinet: Jika Ahmad Zahid Tak Layak, Guan Eng, Syed Saddiq Pun Sama

2

Politik 4 jam yang lalu

BN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM

3

Semasa 5 jam yang lalu

Zambry Nafi BN Calon Mohamad Sebagai TPM, ‘Banyak Sangat Berita Palsu’

4

Politik 3 hari yang lalu

MCA, MIC, PBRS Usul Undi Tak Percaya Ahmad Zahid

Sorotan

1

Piala Malaysia: Stadium Nasional Bertukar Lautan Merah-Biru, Merah-Kuning

2

Warkah Sebak Muhyiddin, ‘Saya Insan Biasa, Punya Rasa Kecewa Tapi Redha’

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PKS Johor Harap Terima Peluang Lebih Baik Di Bawah Kepimpinan Anwar

oleh Ikhwan Zulkaflee

Politik 6 jam yang lalu

Pemilihan Anggota Kabinet Perlu Ikut Hierarki Parti – BN

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Catat 31,822 Kes Demam Denggi Sejak Januari - Pengarah Kesihatan

Politik 1 hari yang lalu

‘Kekalahan Tanggungjawab Bersama, Bukan Presiden UMNO Sahaja, Barulah ‘Gentleman’

oleh Izwan Ramlan